Wednesday, January 02, 2013

Rahsia siapa? 5




BAB 5



        Hari ini awal pagi Iqa bangun untuk bersiap. Dia tidak ingin lewat pada hari pertama dia bekerja. Bimbang kalau berlaku kesesakan lalu lintas almaklumlah Kuala Lumpur katakan. Setelah penat mencuba pelbagai jenis pakaian semalam sehinggakan semua baju Mun di cubanya. Tetapi satu tidak sesuai  membuatkan dia membuat keputusan untuk memakai bajunya sendiri. Malas!. Yelah kali pertama dia berkerja. Bukannya dia tahu selok belok cara berpakaian yang sesuai.
Dia sekadar mengenakan seluar slack berwarna hitam dan berkemeja putih jenama Cotton paras paha sesuai dengan dirinya yang bermotor. Rambutnya hanya dibiar bebas dan diklip pada bahagian atas.  Dia mengukur rambutnya di depan cermin, rambutnya hampir sahaja mencecah paras pinggangnya. Hendak dipotong tetapi sayang pula. Dia mengambil keputusan hanya membiarkan sahaja. Di tambah lagi dengan anting-anting di telinganya. Dia mengerling jam tangan yang berada atas meja soleknya lalu dipakai. Jam tangan milik arwah ibunya sebagai tanda ingatan. Sebelum keluar dari bilik sempat lagi dia menjerling ke arah cermin.
“Okay, berusaha!” dia berkata-kata semangat sambil mengengam tangannya lalu dicapai fail dan jaket yang berada diatas katilnya. Laju dia menuruni anak tangga. Matanya ligat mencari kelibat Mun tetapi tiada. Dah pergi kerja ke atau tak bangun lagi pandai-pandailah dia, monolog Iqa sendiri.

Setelah dia masuk ke perkarangan lobi terus dia menuju kearah kaunter pertanyaan. Disitu dia menyatakan untuk berjumpa dengan wanita yang bernama ‘Puan Umi. Gadis itu mengangguk perlahan seperti teragak-agak dan matanya tidak lekang memandang Iqa. Iqa tersenggih dan gadis itu membalasnya. Tangannya ligat menekan butang lalu meletakkan gagang ke telinga. Iqa berasa kagum melihat kecekapan gadis itu kerana dapat menekan butang tanpa melihatnya terlebih dahulu. Sekilas Iqa memandang tanda nama pada didada gadis tersebut. Maya, bisik Iqa.
Asyik Maya membuat panggilan, dia mengamati persekitaran syarikat ini seolah-olah dia seperti teringat sesuatu. Perasaannya kuat menyatakan bahawa dia pernah menjejakkan kakinya disini. Dia memerah otaknya untuk mengingatinya tetapi gagal. Dia berfikiran positif ini mungkin salah satu syarikat yang pernah dia menghadiri temuduga. Dia kembali memandang ke arah gadis yang bernama Maya. Maya terus meletakkan gagang telefon setelah mendapat arahan daripada Puan Umi.
“Tingkat 21.. sebelah sana,” ujar Maya tersekat-sekat. Lalu ditunjukkan dimana lif berada sambil matanya masih memandang wajah Iqa.
“Tingkat 21,” ulang Nurul Syafiqa. Maya hanya mengangguk perlahan. Dia mengibas-ngibas tangan didepan muka Maya sedikit pun tidak berkelip.
“Terima kasih,” ujar Nurul Syafiqa hairan lalu bergerak kearah lif yang dinyatakan oleh Maya sebentar tadi. Maya terduduk kaku. Terkejut.
“Kenapa ada orang mukanya sama?? Tak ubah langsung. Mati-mati aku ingat Cik Nurul tadi. Tapi...”monolog Maya perlahan. Bulu romanya meremang apabila teringat cerita yang mengenai wanita yang mirip dengan gadis yang baru sahaja berdiri dihadapannya.
Beberapa kali dia menekan butang lif untuk naik keatas. Lambatnya, ngomel Iqa. Gelagatnya diperhatikan oleh sepasang mata yang berada disitu lalu lelaki itu terus menghampiri Nurul Syafiqa. Dia memandang Iqa dari atas hingga kebawah. Dia tidak percaya dengan pernampilan Iqa yang semakin stylish berbanding semasa kali pertama dia melihat gadis itu hanya berbaju kurung.
 “Hai, sayang..” lelaki itu menyapanya dari belakang sambil memeluk bahu Iqa. Perlakuan berani lelaki itu mengejutkan Iqa.  
“Oh, mak kau jatuh!” latah Iqa. Nasib baik tidak terlepas fail yang dipegangnya. Dia amat mengenali suara miang yang selalu menganggu kehidupannya lalu dipandangnya muka buaya darat itu dekat-dekat. Dia menempis kasar tangan sasa Azmeer. Tergaman Azmeer dengan tindakan kasar Iqa. Dia memandang sekeliling, nasib orang disekeliling sibuk melayan kerja masing-masing.
“You jangan nak kurang ajar dengan I. Hormat sikit batasan you dengan I. You siapa nak landing baik atas bahu i ni. Tak ada adab langsung!” marah Iqa dengan nada yang tinggi sambil mengosok-gosok bahunya. Terasa jijik dipelakukan begitu. Kalaulah dia membawa sekali helmetnya sudah pasti Azmeer mendapat habuannya. Azmeer mencebik geram. Tidak pernah dia diperlakukan begitu dan tidak pernah wanita meninggikan suara kepadanya. Suara lantang Iqa menarik minat orang sekeliling untuk memandang kearah mereka.
Don’t raise your voice at me!”marah Azmeer satu persatu tapi dikawal nadanya. Dia menunding jari telunjuknya depan-depan muka Iqa. Iqa menepis membuatkan Azmeer mencerlung tajam. Dia membalas pandangan Azmeer.
“Habis tu, you nak i buat apa? Senyum sampai ke telinga! Hello, excuse me.. siapa you nak perlakukan i macam tu.. sedar sikit.. hidung tak macung pipi tersorong-sorong,” bidas Iqa lalu mengalihkan pandangannya ke arah lif. Malas dia hendak melihat sotong kurita ini lama-lama. Naik lebam dibuatnya. Padan muka. Rasakan mulut berbisa Makcik Iqa!
Tiba-tiba lif terbuka. Laju sahaja langkahnya memasuki lif terus ditekan butang bernombor 21. Dibiarkan Azmeer disitu yang masih memandang tajam kearahnya. Dia beranjak kebelakang apabila Azmeer tiba-tiba masuk ke dalam lif. Dia menelan air liur. Hajatnya dia ingin keluar tetapi tidak jadi kerana pintu lif sudah tertutup. Dia memandang Azmeer yang membelakangi dirinya.  Terasa seram sejuk badannya berduaan dengan Azmeer. Takut jika Azmeer melakukan perkara yang tidak senonoh kepadanya. Dia berharap agar ada sesiapa yang akan naik bersamanya.
Dia melihat nombor yang setiap kali bertukar apabila sampai ke setiap tingkat. Azmeer yang dari tadi hanya membelakangkannya tiba-tiba berpusing ke belakang memandang tepat ke arahnya. Berdebar jantungnya dibuat. Bermacam-macam perkara yang difikirnya sekarang. Renungan mata si buaya itu langsung tidak dipandangnya. Dia perasan Azmeer perlahan-lahan menghampirinya. Kecut perut Iqa dibuatnya.
You.. you.. ni kenapa?”bergetar suara Iqa sambil memandang tepat ke arah Azmeer. Dia berundur setapak. Azmeer tersenyum sinis.
“Takut?” ejek Azmeer. Gembira melihat ketakutan pada wajah Iqa.
“Boleh tak you jangan tanya soalan bodoh tu!” tinggi Iqa melatunkan suaranya. Dia mencebik kemarahan.
“Keadaan macam ni pun you nak berlagak lagi.. lepas ni you balik rumah tilik sikit muka tu... Ingat I hairan sangat perempuan macam you ni.. Perempuan kampung!” marah Azmeer bengis sementara jarinya menunjal-nunjal dahi Iqa. Iqa cuba menepis tangan Azmeer yang dianggap biadap memperlakukannya begitu. Ingat kepala aku tak ada orang bayar zakat agaknya!
Wajah yang tadinya bengis tiba-tiba mengukirkan senyuman manis. Iqa kaget melihat akan perubahan Azmeer secara mendadak. Kalaulah dia tahu seni pertahan diri rasanya sudah lama dia perkenakan silat gayung kepada jantan tak guna dihadapannya sekarang.
 “Mari la sayang. Kita ringan-ringan je..” ujar Azmeer lembut. Terjengkil mata Iqa mendengar kata-kata dari Azmeer. Dia mengusap lembut rambut Iqa yang dilepas bebas. Lembut. Iqa menepis kasar. Matanya sudah bergenang menahan marah.
You jangan macam-macam dengan i!” tinggi suara Iqa. Dasar kasanova itu sahaja yang kau mahu jerit Iqa di dalam hati. Kenapa dia naik lif ni dia mengutuk-ngutuk dirinya. Azmeer semakin mennghampiri dirinya. Ya, ALLAH selamatkan hambaMu ini.
Ting! Tiba-tiba pintu lif terbuka mematikan niatnya untuk mengenakan Iqa tetapi tiada siapa yang berdiri disitu. Terus dia menjauhkan dirinya sambil memberikan senyuman sinis. Beberapa saat kemudian seseorang sedang berlari lalu masuk kedalam perut lif. Iqa mengucapkan syukur kepada Penciptanya. Air mata yang bertakung tidak dapat dibendung lagi lalu terus mengalir ke pipinya. Cepat-cepat dia mengesat air matanya. Tercegat seorang lelaki yang segak memakai sut berwarna hitam dan berkaca mata hitam berdiri membelakanginya Dia memandang kosong ke lantai. Perasaan menyampah dan benci pada Azmeer semakin membuak-buak apabila diperlakukan begitu. Ting! Lif berbunyi untuk kali kedua. Bunyi kuat itu mematikan lamunannya. Dia mengerling ke arah nombor dan tertera nombor dua puluh satu. Cepat-cepat dia memboloskan dirinya selepas jejaka bersut hitam itu keluar. Azmeer memandang tajam kearah Iqa sehingga pintu lif tertutup.

“Cik Nurul Syafiqa?”. Terdengar namanya disebut dari arah belakang lalu dia memalingkan tubuhnya kearah suara tadi. Wanita itu melemparkan senyuman yang cukup manis kepadanya sambil berjalan menghampirinya. Dia membalas senyuman itu. Wanita itu menghulurkan tangannya apabila jaraknya dengan Iqa dekat lalu disambut lembut oleh Iqa. Iqa kagum melihat kecantikan wanita dihadapannya raut wajahnya seperti Sofia Jane. Pakaian yang dipakainya tampak elegan  dan rambutnya disanggul rapi.
“Umi.. setiausaha Encik Aqil.” dia memperkenalkan dirinya. Iqa hanya mengangguk dan membalas senyuman Umi lalu masing-masing melepaskan pegangan tangan.
“Saya Nurul Syafiqa.. emm, panggil Iqa je.. macam mana Puan boleh kenal saya. Ketara sangat ke muka saya ni budak baru?” tanya Iqa. Pelik. Umi terkedu. Dia diam seketika. Lalu tersenyum memandangnya.
 “Ha’ah, ketara sangat muka Iqa ni. Lagipun Encik Aqil sudah memaklumkan kepada saya mengenai kedatangan Iqa ke syarikat ni. So, welcome to KENCHANA HOLDING” ”ujar Umi. Dia mengawal perasaannya bimbang terbongkar. Dia mengukirkan senyuman sehingga menampakkan giginya. Iqa mengganguk tanda setuju sambil membalas senyuman itu. Keramahan Umi menghilangkan perasaan gusarnya tadi. Dia pelik apa Azmeer buat di syarikat ini. Terasa ringan mulutnya ingin bertanya pada wanita yang bernama Umi. Tetapi niatnya dimatikan bimbang apa pula kata Umi tentang dirinya. Dah lah first time dia disini. Memang lah kali pertama nama pun baru kerja. Aparah!
“Okay, jom saya tunjukkan bilik Encik Aqil,” pelawa umi. Dia terus mengikuti  langkah Umi. Langkahnya terhenti apabila tertera nama MUHAMMAD AQIL YUSOFF dan dibawahnya CEO. CEO? Kenapa aku tak perasan dalam kad dia ada perkataan CEO. Muda-muda dah jadi orang penting, ngomel Iqa.
Umi memandang Iqa sekilas lalu mengetuk pintu. Terdengar suara menyuruhnya masuk. Perlahan-lahan Umi menguak pintu lalu masuk ke pejabat diikuti Iqa. Sempat lagi dia melilau keadaan susun atur dalam bilik ini. Ringkas dan moden. Terserlah kepribadian penggunanya. Aqil masih tekun dengan laptopnya laju sahaja dia menekan papan kekunci. Umi menghampiri meja Aqil. Dia berdehem seketika diminta perhatian. Aqil perasan akan tanda yang diberikan oleh setiausahanya atau merangkap kakak iparnya itu.
Perlahan-lahan Aqil mengangkat wajahnya. Dia masih mengenakan cermin mata hitamnya lagi. Segan dia hendak menunjukkan lebam pada matanya lagipun semalam dia tidak pulang terus kerumah tapi dia bermalam di rumah Aiman. Mesti pekerjanya menggangap dia buang tabiat hari ini terutama kakak iparnya sekarang sedang berdiri dihadapanya. Matanya terus memandang tepat kearah wanita yang berada disebelah setiausahanya. Lama. Ya, ALLAH siapa dia? Kenapa... Kenapa wajah dia persis seperti Nurul, bisik hatinya.
Matanya langsung tidak berkelip memandang gadis yang berada dihadapannya sekarang. Cermin mata hitam yang dipakainya memberinya kesempatan untuk dia menilik lama wajah gadis itu. Iqa mengamati penampilan lelaki yang bernama Encik Aqil itu dan dia tidak dapat melihat sepenuhnya wajah yang selindung dengan kaca mata hitam. Bukankah dia dalam lif tadi. So dia la penyelamat aku, fikir Iqa.
Iqa mengukirkan senyuman kepada Aqil tetapi dibalas hambar lalu kembali memandang ke skrin laptop. Dia menyibukkan dirinya kembali. Iqa mencebik. Sombong, ngomel Iqa. Umi terdengar setiap butir yang dikatakan oleh Iqa menyebabkan dia ketawa. Iqa tergaman. Dia mengetuk kepalanya. Dia tahu maksud ketawa Umi.
“Emm, Aqil. Ni Nurul Syafiqa dan Iqa ini Encik Aqil. CEO kat sini.” Jelas Umi kepada Nurul Syafiqa. Nurul Syafiqa hanya mengganguk. Umi masih mengukirkan senyuman padanya.
“Assalamualaikum.. saya Nurul Syafiqa” ujar Iqa sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih. Aqil menggangguk tanpa sebarang kata. Umi membisikan sesuatu kepada Iqa. Iqa mengangguk faham.  Aqil mengerling memandang Umi. “Apa yang akak berbisik tu?”tanya Aqil. Umi tersenyum.
“Akak cakap Aqil sibuk nak siapkan presentation, tu yang tak boleh layan staf baru kita ni,.” jawab Umi selamba. Dia mencebik mendengar jawapan dari setiausahanya. Sebenarnya presentation sudah siap cuma dia ingin membuat penilaian terakhir sebelum dibentangkan nanti  malahan dia bimbang jika dia menatap wajah itu sekali lagi hatinya tidak keruan seperti semalam sehingga dia tidak boleh melelapkan matanya membuatkan dia tidak cukup tidur sedangkan hari ini adalah hari penting baginya untuk mendapatkan tender projek Taman Indah.
“Emm, Aqil ada apa-apa lagi?”tanya Umi memandangkan Aqil sedang menghadap laptopnya. Aqil hanya mengeleng.
 “Akak dah kenalkan dengan staff ke?” tanya Aqil sambil matanya masih tidak lekang pada skrin laptop.
“Belum lagi. Akak bawa jumpa Aqil dulu nanti baru akak kenalkan dengan staff....emmm, kalau macam tu akak keluar dulu lah. Nanti kalau ada apa-apa beritahu akak,” kata Umi. Aqil mengangguk. Umi mengajak Iqa keluar setelah melihat reaksi Aqil sebentar tadi.
“Tapi...” Iqa bersuara menyebabkan langkah Umi terhenti dan memandang Iqa. Perlakuan yang sama dilakukan oleh Aqil. Dia memandang Iqa tidak berkelip. Iqa terdiam apabila kedua-dua insan itu memandang kearahnya walaupun dia tidak dapat melihat mata Aqil tetapi dia pasti lelaki itu juga sedang memandang kearahnya.
“Tapi apa?” soal Aqil sambil matanya memandang tepat kearah Iqa. Iqa kaget mendengar suara Aqil.
“Emmm... aaa... tapi.. tapi...”. tiba-tiba apa yang ingin dikatakan tadi hilang apabila mendengar suara lelaki yang berada dihadapannya.
“Tapi apa?” soal Aqil sedikit kuat setelah soalannya yang pertama tidak terjawab.
“Temuduga? ha! Temuduga? Tak kan tak ada temuduga? Lagipun saya masih tak tahu apa kerja saya kat sini,” soal  Iqa spontan. Mujur terkeluar soalan itu yang ingin ditanyakan. Dia menarik nafas lega. Bimbang juga jika sifat latahnya terlepas untuk hari pertama dia disini.
“Semalam ada saya cakap pasal temuduga ke?” soal Aqil balik. Tiba-tiba dia terasa ada anak panah besar menusuk dirinya. Soalan yang diajukannya tadi diajukan pula kepadanya. Iqa mengeleng.
So. It’s that mean. No interview..understood?” jawab Aqil. Sekejap mengangguk sekejap menggeleng. Dia langsung tidak faham sistem pengambilan pekerja di syarikat ini macam ada yang tidak kena sahaja.          
“Maknanya saya tak payah temuduga... Tak apa ke, Encik Aqil?” soal Iqa sekali lagi. Dia tidak puas hati. Aqil tersenyum, sungguh dia tidak menyangka soalan yang akan diajukan oleh gadis itu. Banyak sangat agaknya dia pergi temuduga ni!
“Semalam dah dikira temuduga,”
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. You are my special staff pull stop and about the job.... how about tea lady,”kata Aqil. Nadanya sedikit perlahan semasa menyebut ‘my special staff’ lalu dia kembali menumpukan pandangannya kearah skrin laptop. Iqa terkedu. Apa, tea lady! ngomel Iqa. Dia mengeluh. Baru sahaja dia ingin memuji bos barunya itu.
“Nasib..nasib..” Iqa menunduk. Sia-sia sahaja aku belajar sampai ijazah tetapi kerja sebagai tea lady je, ngomel Iqa lagi. Aqil mengerling disebalik kaca mata hitamnya. Bibirnya mengukirkan senyuman apabila melihat wajah comel Iqa. Wajah yang amat dirindui. Dia menarik nafas dalam lalu menghempusnya perlahan. Fokus... fokus, monolognya sendiri. Umi yang dari tadi memerhatikan perbualan antara dua insan itu tersenyum. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Aqil.
“So, Iqa... let’s we...” panggil Umi. Iqa memandang Umi apabila namanya dipanggil. Dia hanya berdiam dan menuruti langkah Umi. Iqa mengucapkan terima kasih kepada Aqil sebelum meloloskan diri dari bilik bosnya itu.
Aqil bersandar ke kerusinya. Dia memang tidak boleh fokus dengan kerjanya hari ini. Dia mengeluh kecil lalu menarik nafas panjang dihembusnya kuat untuk mengumpul semangat kemudian dia beristirgfar beberapa kali sehingga semangatnya kembali pulih lalu dia menyambung kerjanya yang tergendala.
Setelah mereka keluar dari bilik Aqil, Umi memandang tepat pada Nurul Syafiqa sambil tersenyum. Iqa membalas senyuman yang dia tidak pasti maknanya.
“Okay, ni meja Iqa,”kata Umi sambil menghampiri meja yang akan ditinggalnya nanti. Iqa hairan tapi dia mengukirkan senyuman. Dia tidak sangka pangkat tea lady mempunyai meja sendiri. Dia kagum dengan pengurusan di syarikat ini. Cuma status tea lady je yang dia tidak faham. Apa-apa pun dia perlu ceria kerana hari ini hari pertama dia bekerja. Dia perlu cari pengalaman dahulu sebelum dia mencari pekerjaan yang lain. Jauh dia mengelamun sehingga tidak menyedari namanya dipanggil. Dia memandang Umi yang berada dihadapannya. Barulah dia tersedar bahawa Umi sedang memandangnya. Dia berkelip beberapa kali.
“Puan Umi panggil saya?”. Jari telunjuknya tepat-tepat menunjuk ke batang hidungnya. Umi mengangguk perlahan. Hairan.
“Maaf... saya mengelamun tadi..” jawab Iqa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila menyedari perubahan wajah Umi. Umi ketawa kecil lalu mengorak langkah diikuti Iqa. Sampai sahaja di satu sudut dia terus berhenti lalu menepuk tangan beberapa kali.
Attention!! Attention!!” laung Umi menyebabkan semua mata beralih kearah mereka. Nurul Syafiqa menelan air liur. Dia kagum melihat wanita yang berdiri dihadapannya sekarang. Terasa macam duduk dalam kapal terbang. Seorang pramugari yang sedang menyebut perkataan ‘attention!’.
“Saya ingin perkenalkan staff baru kita! Iqa sila perkenalkan diri awak..”ujar Umi. Iqa berganjak kehadapan sedikit. Dia berdehem beberapa kali mencari ton suaranya. Dia menarik nafas panjang lalu memperkenalkan dirinya sekali lafaz.
“Assalamualaikum dan selamat pagi Saya Nurul Syafiqa boleh panggil saya Iqa dan saya pekerja baru disini sebagai tea lady. Sila beri tunjuk ajar!” ucap Iqa. Semua tercengang memandang Iqa lalu mengalih pandangan kearah seorang wanita muda yang baru sahaja keluar dari arah lain. Matanya turut mengikut.  Wanita itu juga seolah-olah terkejut mendengar butir bicara Iqa sebentar tadi. Umi tersenggih lalu dia memegang kedua-dua belah bahu Iqa.
Okay, correction here....she will take my place as secrectary..”. Kata-kata yang diungkapkan oleh Umi membuatkan yang lain tersenyum diikuti dengan wanita tadi. Wanita tadi melurut-lurut dadanya. Lega. Berlainan pula dengan reaksi Iqa. Dia terlopong mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Umi. Matanya tidak berkelip memandang wanita yang berada disebelahnya. Apa?!
Okay, guys continue your work.. good luck..dan awak Iqa tutup sikit mulut tu nanti masuk lalatkata Umi berseloka lalu mengajak Iqa ke tempat dia akan bekerja. Iqa menekup mulutnya dengan kedua-dua telapak tangannya kerana tidak dapat menutupnya secara sendiri. Dia menurut langkah Umi dari belakang. Dia berfikir sejenak. Macam mana dia hendak bekerja sebagai setiausaha sedangkan tersimpang jauh dari jurusan yang diambilnya. Dia mengeleng kepala beberapa kali. Nasib! Nasib!

No comments:

Post a Comment