Wednesday, January 02, 2013

RAHSIA siapa? 2





BAB 2

       Perlahan-lahan Iqa menuruni anak tangga. Bau harum roti bakar menusuk-nusuk hidung mancungnya sehingga membawa langkahnya menuju ke dapur. Dia melihat  Mun asyik menjamah makanan sehingga tidak sedar akan kehadirannya. Dia mengukir senyuman hingga ketelinga. Idea jahat mula menjelma.
“Kali ni pasti jadi,” Perlahan-lahan dia mengorak langkah menghampiri Mun lalu dia melontarkan suara lantangnya.
“Pagi semua!!!,” . habis tersembur roti yang dikunyah Mun. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. dengan rakus dia menelan air sekali dengan saki baki rotinya. Dia menepuk-nepuk dadanya.
“Aaa... Lega.. Hoi!, yang kau memekik pepagi ni kenapa? Ingat ni padang bola ke nak jerit-jerit. Tak nampak ke aku tengah makan ni?” Dia menjerling tajam. Iqa tersenggih kambing. Rasa bersalah bertandang dihati dengan tindakannya itu. Dia tidak menyangka usikannya tadi membuatkan teman baiknya itu marah.
“Minta maaf la sayang, tak sengaja tapi saja. Excited sangat, itulah dari aku dalam bilik air lagi. Diaorang tu asyik panggil nuuuruul...nuuruul..”. Usik Iqa sambil mengerakkan tangannya ke udara. Dia menjulingkan matanya keatas. Beberapa minit dia mempelakukan adengan budak lima puluh sen itu akhirnya dia ketawa sendiri. Dia perasan Mun langsung tidak melayannya. Entah apa-apa, macam budak-budak!
 “Kau pun makan aje kerjanya sampai aku kat sebelah pun tak perasan,” sambungnya lagi. Dia mencebik. Dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan Mun kerana memang tiada pilihan. Meja dan kerusi yang muat-muat untuk dua orang sahaja.
“Siapa pulak diorang tu? Kau jangan nak celupar mulut, aku cabai mulut hang karang baru hang tau,” marah Mun. Keluar loghat Kedahnya. Bab hantu memang dia tidak gemar. Itulah kesan melihat bermacam-macam cerita seram yang semakin menggila. Tengok cerita dilayarkan di panggung wayang sekarang beranilah tapi kalau depan mata cabut larilah namanya.
“La yang nak serius tahap cipan ni kenapa? Datang bulan erk?” balas Iqa menyebabkan darjah suhu Mun meningkat ke takat didih. Dia menghembus nafanya perlahan. Malas dia hendak melayan peragai loyer buruk temannya itu. Munirah mengerling kearah Iqa. Belum sempat dia ingin mengambil roti bakar untuk di sapu dengan coklat, Mun terus memukul tangan Iqa. Dia tersentap.
“Kenapa?” soal Iqa sambil mengosok-gosok tangannya. Sakit. Warna kulitnya mula bertukar merah.
“Ooo.. nak makan ye? Nurulku sayang pergilah bakar sendiri! Toaster ada kat tepi peti sana tu ha,” Mun memuncungkan bibirnya kearah pembakar roti.
 Dia mengerling ke arah munirah. Dia menjuihkan mulutnya meminta simpati dari Mun. Matanya bersinar-sinar melihat teman serumahnya. Mun memandangnya sekilas. Acuh tak acuh sahaja lagaknya. Mana taknya dia dah lali dengan muka seposen Iqa tu!
“Tak berkesan...” ujar Mun lalu mengigit roti bakar yang dipegangnya. Perlahan-lahan dia mengigit.
“Sedapnya...”. Iqa merengus kasar. Ternyata perangkapnya tidak menjadi. Dia mengalah.
“Mun, bagilah satu. Takkan kau nak makan semua. Banyak lagi tu..” Iqa meraih simpati dari Munirah tetapi reaksi yang didapat hanyalah jelingan maut yang sunguh mengerunkan. Kedekut!
“Mengata akulah tu,” Mun menegur Iqa setelah dia menelan roti yang dikunyahnya itu. Iqa mencebik. Tahu-tahu aje aku mengata dia!
“Eh, mana ada! Kau ni tak baik tau aku tengah memuji-muji kau dalam hati kau kata aku mengata kau pula,” bangkang Iqa padahal memang betul dia mengata Mun. Dia tersengih. Mun meletakkan rotinya kedalam pinggan. Dia merenung Iqa lama. Iqa hairan. Dia meraba-raba pipinya. Dia menjongket kening beberapa kali seolah-olah memberi isyarat ‘kenapa’ kepada  Mun.
“Perasan tak masa masuk dapur tadi? Nampak tak?” Berkerut-kerut dahi Iqa dengan perubahan mendadak Mun. Dia menelan air liur.
“Apa?” Iqa turut terikut dengan nada berbisik Mun. Dia mengerling kekiri dan kekanan. Mun tersenyum lalu ketawa terbahak-bahak. Gembira hatinya bila mengenakan Iqa. Terlopong dia memandang Mun ternyata dia terkena dengan usikan bertaraf lima puluh sen. Dia mencerlung tajam kearah Mun tanda tidak puas hati.
 Mun mengambil kembali roti didalam pinggannya itu tetapi dia hairan dari riak muka Iqa baru dia perasan         memang Iqa tidak perasan sesuatu di ruang tamu. Dia mengigit kembali rotinya lalu dikunyahnya perlahan. Ketawanya masih bersisa.
 “Cuba kau pergi tengok kat ruang tamu... pasti kau terkejut beruk..” jawab Mun setelah dia menelan roti didalam mulutnya. Lalu tangan kirinya mencapai secawan air. Dia menghirup air teh ‘o’ yang masih hangat. Dia ingin mempermainkan Iqa. Iqa menudingkan jari telunjuk tepat-tepat kebatang hidungnya.
“Siapa lagi kalau bukan kau,”. Mun menghabiskan sisa-sisa roti yang masih berada ditangannya sekali suap. Iqa bengang. Taulah!
“Okay. Tapi kalau aku pergi kau bagi aku makan roti tu...”. Iqa tawar menawar dengan Mun. Mun mengangguk sebab berbaloi. Dia nak tengok reaksi Iqa.
Iqa bingkas bangun lalu menuju ke ruang tamu. Menurut sahaja apa yang dikatakan oleh Mun asalkan dia dapat mengisi perutnya. Terbongkok-bongkok dia melangkah, lagak seperti pencuri. Jauh benar fikirannya melayan. Bermacam-macam perkara yang bermain dibenaknya sekarang.
Dari jauh dia seakan ternampak sekujur tubuh yang sedang lena diulit mimpi di atas sofa. Berkelubung. Orang ke? Takkan kot semalam tak ada pun. Hantu! Tiba-tiba bulu romanya berdiri. Dia tidak jadi menghampiri sofa. Dia berfikir sejenak. Siang-siang  macam ni mana ada hantu . Mengarut ajelah! Dia kembali melangkah. Apabila jaraknya hampir. Dia berdiri tegak terasa lengguh pula pinggangnya kerana berjalan terbongkok-bongkok macam nenek tua sebentar tadi. Semalam tak ada pun benda alah ni!
Dia menghampiri lalu membuka selimut yang menutupi wajah si pemakainya perlahan-lahan sehingga ke paras hidung. Terkejutnya bukan kepalang.
“Apa ni?!” Dia berganjak kebelakang. Riak wajahnya benar-benar terkejut. Mun menegurnya dari belakang setelah melihat mata temannya itu tidak lekang menatap wajah pemuda itu. Dia memandang Mun tajam. Dia menarik kasar tangan Mun sehingga ke dapur.
Tiba-tiba perasaan marah bertukar cemas. Dia tidak sangka Mun yang selama ini dia kenali sanggup membuatnya begini. Memang dia tidak menyangka tetapi dia tahu Mun bukan perempuan ‘tut’!
“Ini ke yang kau suruh aku tengok,Mun! Baik kau cakap apa hubungan kau dengan lelaki tu sampai kau boleh terfikir nak bawa dia masuk rumah!” suara Iqa sedikit tegang. Hatinya panas. Sungguh dia tidak menyangka. Dia memandang Mun tajam. Seriau pula Mun melihat perubahan warna kulit muka Iqa dah macam udang kena masak dek menahan marah.
“Err.. aku rasa kau..”   
“Ya ALLAH, kalaulah papa tahu macam mana? Huru hara dibuatnya. Kau takkan tak tahu macam mana hubungan aku dengan papa,”. Iqa memintas kata-kata Mun. Hilang rasa kepercayaannya sekarang terhadap Mun.
Dia seperti cacing kepanasan binggung dengan apa yang berlaku sekarang. Hatinya tidak tenang. Tindakan Mun membawa ‘makhluk’ itu akan menjadi malapetaka dalam hidupnya. Impiannya untuk hidup berdikari hancur sama sekali. Hancur!
Mun yang dari tadi hanya meneliti setiap baris kata Iqa terus tersedar dengan kata-kata yang dilontarkan sebentar tadi. Salah fahamlah pula minah ni!
 “Iqa, dengar sini. Iqa!!, ” panggil Mun dengan sedikit menjerit tetapi dapat dikawal nada suaranya. Dia mendengus kecil. Lama dia merenung gadis didepan matanya sekarang. Mun tersenyum lalu mendekatkan jaraknya dengan Iqa. Dia memegang kedua-dua belah pipi mulus gadis itu.
“Aku bukan perempuan macam yang kau fikirkan tu. Aku tahulah batasan orang yang bukan mahram kita ni. Aku tahu hukum halal haram, faham? ” Mun mendengus kasar. Dia masih belum melepaskan pegangan tanggannya itu.
“Nak dengar tak cerita aku?, ” sambungnya lagi.
Iqa menggangguk perlahan. Terkesima dengan tindakan Mun. Macam pasangan kekasih tengah bergaduh pula. Mun melepaskan pegangannya. Lalu satu persatu diterangkan kepada Iqa hal yang sebenarnya bermula dari dia berjumpa dengan lelaki itu hinggalah dia membiarkan lelaki itu tidur di sofa yang masih dalam keadaan tak sedarkan diri. Rasa bersalah menyelubungi hatinya setelah mendengar cerita dari Mun. Tidak sepatutnya dia beranggapan buruk mengenai teman baiknya ini.
“Semalam kan kau balik lambat? Tak perasan dia tidur kat situ?, ” tanya Mun.
Iqa menggeleng lambat-lambat. Fikiran terawan-awan cuba mengingati apa yang dia buat bila dia sampai ke rumah. Tiba-tiba matanya terbeliak. Baru dia teringat, masa tu ruang tamu dalam keadaan gelap. Dia memang sengaja tidak membuka lampu masa itu. Lepas sahaja dia mengunci pintu rumah lalu dia melompat naik lalu baring ke atas sofa. Patutlah masa itu tidak selesa. Ingatkan perasaannya sahaja penat mencari kerja hingga lewat malam. Rupanya dia terbaring atas makhluk ALLAH itu. Mak datuk, boleh pula jadi macam itu. Penat punya pasal. Orang pun aku anggap sofa!
“Iqa...IQA!” panggil Mun mematikan lamunannya. Dia tersenggih sumbang menyembunyikan perbuatannya semalam.
Sorrrrrryyyyyyy.. aku tak bermaksud nak fikir yang bukan-bukan tentang kau..” ujar Iqa. Dia menyusun sepuluh jari ke mukanya lalu mengosok-gosok telapak tangannya. Dia memuncungkan mulutnya sedikit. Seakan bukan salah dirinya juga. Kalau Mun memberitahu perkara itu awal-awal taklah aku fikir yang bukan-bukan. Aparah!
“Tak apa... Aku pun minta maaf. Sepatutnya aku beritahu kau dulu. Sorry okay?, ” balas Mun. Dia turut rasa bersalah. Dia berharap ini kali terakhir perkara ini berlaku. Tak sanggup dia nak mengusung lelaki lagi. Berat macam kayu balak mana sepadan dengan kekuatan aku seorang wanita!
“Tau tak apa,”  Iqa mendepa tangannya.
“Nak peluk,” dia merengek-rengek minta untuk dipeluk. Mun ketawa dengan gelagat Iqa lalu membalas pelukan itu. Erat. Dibiarkan lelaki itu dibuai mimpi.

Mun memandang lama wajah lelaki itu. Pada mulanya dia ingin mengejutkan lelaki itu tetapi rasa kesian pula bertandang dihatinya. Kalau difikirkan semula rasanya tidak salah kalau dia berbuat sedemikian. Lagipun Iqa tiada dirumah kerana perlu menghadiri temuduga membuatkan dia lagi rasa tidak selesa. Akhirnya, dia nekad untuk mengejutkan lelaki itu. Dia menarik nafas panjang lalu menghembusnya perlahan.
“Encik... Encik..” panggil Mun sambil menggerakkan kaki lelaki tersebut. Dia ingat lagi pesanan ibunya kalau nak kejut orang bangun tidur kena gerakan bahagian kaki. Senang roh nak masuk. Sekali lagi dia menggerakkan kaki lelaki itu. Dia bersyukur kerana tubuh lelaki itu bergerak-bergerak.
 Perlahan-lahan dia membuka mata. Tidurnya terganggu. Pandangannya kabur cuba mengamati keadaan sekeliling. Dia terkejut tatkala melihat seorang perempuan yang sedang memandang kearahnya menyebabkan dia bangun dengan laju.
Argh..” Berdenyut-denyut kepalanya. Pelipis dipicit perlahan sambil matanya memandang kearah gadis itu.
 “Encik..encik okay? ” tanya Munirah. Cemas melihat keadaan lelaki itu. Dia diam memandang tepat pada suara itu tetapi sekejap dia menundukkan wajahnya. Tangannya masih memegang kepala cuba untuk meringankan sakit kepalanya. Dia cuba untuk mengingati apa yang berlaku pada dirinya semalam tetapi dia gagal. Satu pun dia tidak ingat. Dia menatap kembali wajah itu menginginkan kepastian.
“Minta maaf...saya kat mana ni?” soalnya. Baru dia teringat  semalam dia masih berada dilegar tempat parkir kereta di syarikatnya. Pelik macam mana dia boleh berada di rumah ni. Memang pelik.
Kat rumah saya, ” jawab Mun ringkas. Lelaki itu membetulkan kedudukannya semula. Dia cuba duduk. Kesian pula Mun melihat muka pemuda tampan itu lebam-lebam. Mungkin kesan kena pukul ni. Gaduh laki bini kot ni? Pandai-pandai je aku. Kalau laki bini pun takkan lah lebam macam ni, bisik hatinya.
 Berkerut-kerut dahi lelaki itu cuba mengingati perkara yang berlaku.
“Rumah awak? Tapi.. ” kata-katanya terhenti. Dia rasa tidak penting untuk menanyakan hal semalam kepada gadis itu.
“Tapi apa encik? ” soal Munirah. Lelaki itu menggeleng kepala.
“Cik ni siapa? ” tanya lelaki itu tanpa memandang Mun. Dia bimbang jika gadis itu saja ingin memerangkapnya seperti semalam kerana ingin menolong seorang perempuan tiba-tiba dia dipukul disebabkan dituduh cuba mencabul perempuan sedangkan dia sendiri berniat untuk menolong wanita itu.
“Oh, sorry.. saya Mun.. encik? ” jawab Munirah. Lelaki itu memandangnya sekilas. Mungkin dia benar-benar menolong aku, monolog Aqil dalam hati. Dia mengangguk. “Aqil,” jawabnya sepatah.
“Ooo...so, macam mana? Okay tak? Nak saya hubungi siapa-siapa ke?” Aqil memandang Mun sekilas lalu meraba poket seluarnya. Tiada. Poket belakang pun tiada. Mana pergi ni? Monolog Aqil sendirian. Dia memandang Mun semula. Gadis itu masih memandangnya.
 “Emm.... saya nak pinjam handphone awak boleh? Saya rasa semua barang dah hilang, ” ujar Aqil. Baru Mun tersedar.
“Oh, dompet awak je ada dengan saya. Sekejap saya pergi ambik, ” Mun bergegas naik ke tingkat atas untuk mengambil telefon bimbitnya dan dompet Aqil. Dia terlupa dompet itu berada didalam tas tanganya.
Dia membetulkan kedudukan lalu duduk bersandar dia sofa. Selesa. Hilang rasa sengal-sengal pada badannya. Aqil yang dari tadi tersedar masih mengenakan selimut berwarna putih itu terus mengalihkannya ke tepi. Perlahan-lahan dia cuba untuk berdiri. Walaupun kepalanya masih lagi berdenyut-denyut, dia mesti bertahan. Rasa sengal pada badannya masih tersisa sakitnya. Matanya melilau kawasan di ruang tamu itu.  

Matanya tertarik ke arah bingkai gambar yang tersusun rapi. Perlahan-lahan dia  melangkah. Ralik dia melihat gambar itu. Lama. Diteliti setipa raup majah yang berada didalam bingkai gambar yang pelbagai betul. Menarik!
Asyik dia menilik milik wajah didalam gambar tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Mulutnya terketar-ketar ingin menyatakan sesuatu. 
            “Nurul!” lancar nama itu terpacul keluar dari mulut Aqil. Dia amat mengenali raut wajah polos yang amat dirinduinya itu. Dia perasan Mun sedang menghampirinya lalu berhenti menilik gambar gadis itu. Dikawal perasaannya. Ya, ALLAH kuatkan imam hambaMu ini pinta hati kecilnya. Sungguh dia berasa tidak percaya melihat gambar itu. kalaulah gadis yang menyatakan dirinya Mun itu sahabat Nurul tetapi kenapa sebelum ini dia langsung tidak tahu. Mun berdehem kecil.
“Encik tengok apa? Sampai berkerut seribu dahi, ” Aqil cuba mengukirkan senyuman. Hatinya masih berteka-teki dan persoalannya mengapa? Mengapa gadis itu disini?
“Emm, tak saya cuma tengok gambar kat sini aje,” Dia menguak rambutnya kebelakang. Menahan perasaan
“Cik, tinggal sorang ke?, ” tanya Aqil. Dia seharusnya mengorek hubungan gadis ini dengan Nurul, dia perlu siasat.
“Tak. Dua orang. Housemate saya dah keluar pagi-pagi lagi, cari kerja katakan, ” jawab Mun sambil tersenyum. Aqil mengangguk.
 Sekali lagi matanya beralih ke arah gambar tadi.  Sebenarnya dia ingin bertanya siapa gadis didalam gambar itu tetapi dia bimbang jika Mun tersalah anggap tapi tidak salah kalau mencuba. Dia berdehem. Bersiap sedia untuk bermuka tebal. Biarlah apa yang dia nak kata. Kalau tak aku yang  menyesal!
“Boleh saya tanya, siapa gadis dalam gambar ni?, ” Aqil memandang gambar disebelahnya. Mun memandang kearah  gambar itu. Dahinya berkerut-kerut memikirkan gadis mana yang yang dikatakan oleh Aqil kerana terdapat empat orang dalam gambar itu.
“Yang mana encik?,” soal Mun. Binggung.
“Yang ni, gadis yang pakai topi kebelakang,” tunjuk Aqil tepat kerah gadis yang memakai t-shirt dan kemeja petak berwarna merah dan berseluar jeans lusuh dikenakan pula topi kebelakang. Macam tomboi pula dia tengok Nurul begitu!
“Ooo, dialah housemate saya. Kenapa? Encik kenal ke?” tanya Munirah. Aqil terdiam sejenak. Housemate!
Dia tidak pasti hendak kata ya atau tidak kerana dia sendiri tidak pasti siapa perempuan itu sebenarnya. Akhirnya, dia mengeleng kepala.
“Tak.. saja je tanya,” jawab Aqil menutup perasaannya. Hatinya kian mendesak untuk bersemuka dengan gadis itu. Dia ingin bertanya mengapa dia ditinggalkan!
Saje tanya ke atau berkenan?” Aqil terbatuk. Berderau darah Aqil dengan usikan Munirah. Terasa panas seluruh wajahnya. Mun tergelak melihat perubahan wajah Aqil. Memang berkenan sebab dia ni bakal isteri saya!
Nah ni telefon saya dan ni dompet encik. Saya jumpa masa saya angkat awak,” Mun menghulurkan dompet dan telefon bimbitnya kepada Aqil. Ketawanya masih berbaki. Dia merenung wajah Aqil buat seketika. Dia tidak menyangka usikannya sebentar tadi membuatkan wajah Aqil merona merah. Malulah tu!
Dia mengamati wajah Aqil. Dalam diam dia mengakui lelaki dihadapanya sekarang memang seorang yang mempunyai pakej. Tampan orangnya dengan badannya yang tegak persis model tetapi kesan lebam di matanya yang semakin ketara sedikit mencacatkan wajahnya. Tapi itu tak menjejaskan sedikitpun ‘ketampanan’ lelaki yang bernama Aqil. Mun tersenyum sendirian.
            “Terima kasih tapi macam mana awak boleh angkat saya,” Mun kembali kedunia nyata apabila dia diaju dengan soalan dimana kalau boleh dia ingin mengelak. Dia sekadar menjungkitkan bahunya. Biar dia sorang sahaja yang tahu betapa siksanya dia mengheret lelaki itu masuk kerumah. Harap-harap baju dia tak kotor.
Aqil memandang Mun. Rasa tidak percaya bahawa gadis kecil molek ini mengusungnya semalam. 

No comments:

Post a Comment