Wednesday, January 02, 2013

Rahsia siapa? 1




PROLOG


      Teresak-esak dia menangis ketika itu kerana tidak mahu dipisahkan dari kakaknya. Keakraban membuatkan hatinya sakit sekali bila dipisahkan. Mungkin jarak umur yang tidak terlalu berbeza. Tangan kecil itu masih erat berpegangan. Terpancar wajah ayahnya yang begis. Marah dengan kedegilan anak-anaknya. Kalaulah kamu tahu mengapa ayah buat begini mesti kamu tak akan melawan sayang, gentus hatinya. Dia bersikap garang sedangkan dalam hatinya hanya ALLAH sahaja yang tahu.
 “Papa! Papa! Kenapa papa nak pisahkan kami? Papa tak sayang Nurul ke? Papa, jangan buat macam ni kesian Nurul! Papa, tolong la papa jangan buat macam nie! Papa!!!,” jerit Mimi yang masih erat dalam pelukan adiknya.
“Papa, tak nak! Tak nak! Papa...,” rintih Nurul ketika itu. Dadanya berdebar kencang. Adakah ini kali terakhir dia melihat wajah kedua orang kesayangannya itu. Mengapa harus dia yang harus ditinggalkan disini? Tempat yang cukup asing baginya. Apabila sekali lagi ayahnya cuba meleraikan pelukan membuatkan dia memeluk Mimi semakin erat sehingga masing-masing dapat mendengar suara tangisan di dada mereka. Sungguh dia tidak sanggup berpisah dengan Mimi. Nurul memejamkan matanya erat. Esakan masih kuat di bibirnya..
Ditarik kasar tangan anak bongsunya lalu dilepaskan begitu sehingga terjatuh ke tanah lalu di dukung Mimi masuk ke dalam kereta. Nurul ditinggalkan disitu, dahinya luka akibat terkena batu kecil. Dahinya terasa sakit namun tidak dihiraukan. Perlahan-lahan dia membetulkan kedudukannya dan kufrat yang ada dia menjerit memanggil ayahnya dan Mimi. Namun tiada sahutan dan langkah ayahnya semakin laju.
Dia bingkas bangun lalu cuba mengejar namun kakinya pula tersandung. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit. Air matanya semakin laju membanjiri pipi. Dia cuba untuk bangun namun kakinya sakit membuatkan dia terduduk. Dia meraung-raung memanggil ayahnya, namun sedikitpun tidak dihiraukan.
Mata yang memandang adegan yang menyayat hati itu tidak dapat menahan air mata dari mengalir. Wanita tua yang dari tadi sekadar melihat pelakuan Safuan terus berlari mendapatkan Nurul yang masih berusaha untuk mengejar. Nurul dibawa kepelukannya erat membuatkan Nurul tidak berdaya utnuk melawan. Hatinya kian tersentuh melihat darah didahi kecil itu.
“Papa!!Papa!!!,” jerit Nurul apabila melihat perlahan-lahan kereta itu meninggalkan dirinya. Laju jantungnya berdengup. Takut. Bayangan kereta semakin jauh. Mengapa? Apa salahnya dia?
Dia cuba meloloskan dirinya dari pelukkan itu tetapi semakin erat wanita itu memeluknya. Malahan, semakin kuat tangisannya didengari.
            “Sabar nak ibu ada kat sini. Jangan nangis ye,”. Dia cuba menenangkan anak kecil itu. Hatinya sebak melihat air mata yang mengalir di pipi anak kecil yang tidak berdosa itu. Sungguh kejam perbuatan Safuan pada anaknya sendiri. Suara lembut itu menyapa telinga kecilnya membuatkan hatinya sayu. Rontaannya semakin perlahan.
Perlahan-lahan, Nurul mendongak memandang gerangan suara itu. Senyuman yang terukir di bibir tuanya membuatkan hatinya semakin sabak. Semakin kuat dia melepaskan tangisannya lalu dibalas pelukkan itu. Erat sekali.
            “Kenapa papa tinggalkan Nurul disini...”  perlahan dia mengeluarkan perkataan itu dan esakkannya masih lagi berbaki. Tiba-tiba pandangannya gelap dan terus dia tidak sedarkan diri.

Bunyi ketukan yang bertalu-talu mengejutkannya dari kenangan hitam itu. Kedengaran namanya di panggil dari luar. Dia tersenyum apabila mendengar suara itu. dia amat mengenali milik suara wanita kesayangannya. Ibu saudaranya , Mak Munah.
“Nurul, dah bangun ke nak?!,”  tanya Mak Munah sedikit menjerit. Diam. Sengaja supaya Mak Munah risau. Memang dia suka sangat menyakat wanita tua itu, pasti wanita itu risau jika dia tidak menyahut panggilan itu kerana sebelum ini dia sudah diberi amaran supaya jangan tinggalkan rumah tanpanya
 “Nurul! Nurul! Nurul!!,” panggil Mak Munah. Nurul masih mendengar namanya dipanggil. Terkekeh dia ketawa kerana dapat mengenakan ibunya.
Lama dia memanggil nama Nurul namun tidak bersahut. Dia kaget. Bimbang jika Nurul ingkar dengan arahan. Dia memanggil nama itu sekali lagi. Sedikit kerisauan kedengaran pada suara Mak Munah. Nurul Syafiqa menjadi serba salah kerana tidak menjawab dengan segera. Wajahnya yang tadi gembira dengan usikannya berubah suram. Tidak menyangka begitu reaksi ibunya jika dia hilang. Dia menarik nafas lalu dihembusnya perlahan.
“Sudah ibu. Kejap,”. Nurul menjawab ringkas sambil mendekati pintu biliknya. Mak Munah melurut-lurut dadanya, risaunya hilang begitu sahaja apabila mendengar suara anak gadisnya itu. Pagi-pagi dah kena buli dengan Nurul, ngomel Mak Munah. Dia mengeleng-geleng kepala. Geram pula dengan anak gadisnya yang seorang ini.
“Nanti turun makan ye nak. Ibu nak...”. Belum sempat Mak Munah menghabiskan kata-katanya  terngiuk kedengaran bunyi pintu dibuka dari dalam. Terjengul wajah Nurul di celah pintu berkerut-kerut dahinya memandang ibu kesayangannya ini. Dia menilik pernampilan wanita tua itu dari atas kebawah. Digosok-gosok matanya beberapa kali. Lengkap bertudung dan berbaju kurung malahan bukan berbaju kurung biasa tetapi bagi amatlah luar biasa. Lalu dikuak pintu biliknya luas-luas. Dia menilik ibu angkatnya dari atas ke bawah sekali lagi. Rasa tidak percaya melihat baju yang sarat dengan labuci dipakai elok di badan tua wanita itu. Jangan kata, ibu aku nak pergi kenduri anak Pak Seman. Nak menunjuk kat siapalah tu tapi kenduri anak Pak Seman kan minggu depan, ngomel Nurul.
“Ibu nak pergi mana cantik-cantik ni, nak pergi kenduri ke? Kan majlis anak Pak Seman minggu depan,” tanya Nurul sehingga berkerut-kerut dahinya. Sempat lagi dia mengingatkan bila majlis kawannya itu. Ibunya mencebik melihat gelagat anaknya itu. Tak ada benda lain ke kat fikiran anak aku ni.
“Cantik sikit je terus kata nak pergi kenduri,” ngomel Mak Munah. Mak Munah lebih selesa sekiranya Nurul memanggilnya ibu. Tiba-tiba sahaja tanpa angin tanpa ribut, ketawa Nurul memecah alam. Macam hilai hantu sudah lagaknya. Berkerut-kerut dahi Mak Munah kerana hairan dek perubahan angin monsun Nurul.
“Ibu, ngomel apa tu,” meleret suara Nurul. Semakin galak ketawanya melihat muka ibunya berkerut-kerut.  Mendengar kata-kata Nurul barulah dia terperasan.
             “Dengar aje kamu ni. Hah, kejut Mun sekali,” kata Mak Munah setelah dia melihat anak dara yang sorang lagi masih terbukang diatas katil.
Yes Mem!” Nurul menabik tangannya seolah-olah menerima satu tugasan dari pengawai atasan. Begitulah hubungan antara seorang wanita tua yang dikenali sebagai Mak Munah dan anak-anaknya. Bukan! Itu bukan anaknya dan dia harus menerima kenyataan pahit itu.


BAB 1

       Menggigil seluruh anggota badannya tatkala dia melihat anjing yang menyeringa memandang ke arahnya disamping dua orang lelaki yang bebadan tegak turut memandang sambil tersenyum sinis. Air renik mula membasahi dahinya. Jantungnya berdegup kencang menahan ketakutan. Dia hairan bagaimana dia boleh berada di kawasan perumahan usang ini. Tiba-tiba mereka melepaskan tali yang dipegang lalu anjing itu menyalak dan terus menerkam kearahnya. Dia menjerit ketakutan.
Jeritan itu mengejutkannya dari tidur. Cemas. Dahinya berpeluh-peluh seolah-seolah dia baru sahaja lepas menamatkan larian seratus meter. Dia mengerling ke kiri dan ke kanan. Bimbang jika itu bukan sekadar mimpi tetapi kenyataan. Matanya melilau keadaan sekeliling. Bilik aku!
“Astargfirullah.. AllahuAkbar,”. Dia mengucapkan kalimah suci itu sehingga dia kembali tenang.  Dia meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan.
Dia hairan mengapa mimpi itu semakin kerap menemani tidurnya. Dia melihat jam di kabinet sisinya, jarum jam menunjukkan sudah pukul 6 pagi.
“Dah subuh,” bingkas dia turun dari katil bujangnya lalu dicapai tuala yang bergantung elok pada pintu bilik air.

Usai solat dia terus melipat sejadah. Telekung disangkut kemas dengan penyangkut baju. Dia tersenyum melihat telekung pemberian ibunya. Dia mengorak langkah menuju kearah meja soleknya lalu duduk diatas kerusi.
 Dia teringat peristiwa dua hari lepas. Kejutan yang diberikan oleh Mak Munah mengenai ayahnya. Ayahnya kini sudah bergelar Datuk disebabkan kejayaannya sebagai anak tempatan dalam bidang perniagaan dan beliau seorang usahawan terkenal. Malahan, ayahnya yang sudah 10 tahun menghilang menjemputnya ke Kuala Lumpur. Pada mulanya dia menolak terus pelawaan itu tetapi memikirkan pertalian darah menyebabkan dia tidak dapat menolak kehendak ayahnya untuk menjumpainya. Mengapa baru sekarang ayahnya ingin bertemu dengan dirinya? Dia sendiri tidak dapat menjawab persoalan itu.
Kejutan tidak berhenti disitu, permintaan ayahnya menyuruh dia tinggal bersama membuatkan seperti dunia telah terbalik. Sungguh dia tidak percaya seperti dia sedang bermimpi.
Namun dia kekok dengan layanan mesra lelaki yang bergelar ayah. Dia menolak dengan alasan ingin berdikari dahulu. Lagipun permintaan ayahnya itu dianggap suatu yang mustahil mengenangkan kenangan pahit yang meninggalkan parut pada dahinya dan juga parut dihatinya yang masih segar. Dia mula berfikir salah siapa  sebenarnya? Dia sendiri tiada jawapannya. Wajah ayahnya dibiarkan berlalu.
Dia mengamati wajahnya di cermin meja solek. Perlahan-lahan dia menyentuh parut di dahi yang mencacati wajahnya. Terang sekali sehingga tidak dapat disembunyikan walaupun kecil tetapi jika dipandang dengan dekat ianya akan terserlah. Ini hadiah istimewa yang diterima daripada ayahnya, Datuk Safuan. Kenangan perpisahan yang tidak akan hilang sampai bila-bila dan parut ini adalah buktinya. Tidak hairanlah mengapa hatinya terlalu tawar dengan sikap ayahnya. Biarpun ayahnya bersikap baik tetapi dia menganggap itu hanya kepura-puraan sahaja.
Dia mengeluh kasar. Malas dia hendak melayan perasaannya ini. Penat dia memikirkan sikapnya ayahnya terhadap dirinya dulu. Adakah dia pendendam?Mungkin?

No comments:

Post a Comment