Wednesday, January 02, 2013

Rahsia siapa? 3






BAB 3

         Dia beredar ke luar rumah untuk menelefon kawannya. Lebih senang katanya. Lagipun dia tidak ingin menyusahkan Munirah. Selesai sahaja bercakap dengan kawannya, dia duduk diatas kerusi yang berada tidak jauh dari situ. Lagipun dia seharusnya berada di luar rumah memandangkan hanya mereka berdua di rumah itu. Dia bersandar. Dia berfikir mencari idea macam mana dia boleh bersua muka dengan gadis itu. Takkan aku nak datang sini lagi. Takkan tiap-tiap hari muka aku je terpacak kat sini, ngomel Aqil.
Terjengul muka Mun di balik pintu. Mun seakan terdengar sesuatu terus bertanya kepada Aqil. Tetapi tidak berjawab. Macam mana nak jawab sedangkan otaknya tengah ligat mencari idea untuk berjumpa dengan gadis itu. Dia hairan melihat gelagat Aqil sekali senyap lepas tu tersenggih lepas tu menggaru kepala. Entah apa yang dibayangkannya. Mun memusing-musingkan hujung jari kesisi kepalanya. Sayang Muka handsome tapi mereng!
Lalu dia berdiri di tepi pintu. Aqil masih mencari kata-kata klu dan tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Mun sebentar tadi. ‘.....Housemate saya dah keluar, pergi cari kerja katakan,’. Aku dapat idea, bisik hati jahatnya. Dia berdehem. Membetulkan suaranya. Bimbang jika rancangannya itu disedari walaupun perancang dilakukan didalam hati.
Aqil mengalihkan pandangan kearah pintu untuk mencari Mun tetapi melihat Mun berada disitu dia terus dia berdiri.
“Tadi awak cakap kawan awak cari kerja kan?”soal Aqil bersahaja. Ini adalah peluang keemasan. Mun mengangguk. Hairan.
“Apa kata awak suruh dia datang ke pejabat saya. Bila-bila time dia free.. itu pun kalau dia belum dapat kerja lagi... dengan cara itu je rasanya saya boleh balas jasa baik awak. Ni kad saya.. nanti suruh dia call nombor yang ada kat situ,” beritahu Aqil sambil mengambil sesuatu dia dalam dompet tetapi dia ikhlas membalas budi Munirah. Apa-apa pun target utamanya adalah Nurul!
Mun senyap seketika lalu mengambil kad yang diberi oleh Aqil. Balas budi aku tapi bagi kerja kat Iqa pelik.. pelik.. tapi sama juga macam balas budinya!
 Dia membaca satu persatu. Ternganga mulutnya apabila membaca nama syarikat dan jawatan lelaki itu. Rasa tidak percaya rupanya dia telah menyelamatkan bos Syarikat Kenchana Holding. Dia menelan air liurnya. Kelat. Dia memandang Aqil sekilas. Patutlah dia macam pernah tengok muka Aqil rupa-rupanya wajah Aqil selalu terpapar dimajalah kooporat sejak dua menjak ini mengenai kejayaannya membangunkan semula syarikat keluarganya.
 “Terima kasih tapi nombor ni boleh pakai tak? Kan telefon encik hilang?,”soal Mun. Suaranya tersekat-sekat.
“Itu nombor private saya tapi yang ni nombor kerja. So boleh pakai lagi,” jelas Aqil sambil tersenggih. Munirah mengangguk-ngangguk tanda faham. Aqil tersenyum riang. Aku nak sangat jumpa kau. Banyak benda aku nak tanya tapi kalau aku bagi kad tu mesti  dia kenal siapa aku. Nanti sekejap. Tiba-tiba sahaja dia berfikir.
“Emm,Mun. Saya nak tanya housemate awak tu nama apa?”.
“Iqa. Kami satu kampung. Kampung kami kat Kedah. Dia tu baru je grad.  Saya tak ingat dia ambil course apa,” jawab Mun sambil matanya masih menilik kad yang diberi oleh Aqil.
“Iqa? Dia umur berapa?” Aqil kian curiga. Kenapa harus tukar nama dan setahunya Nurul tidak mempunyai kampung dan dia membesar di bandar atau Nurul berbohong padanya.
“Dua puluh lima,”. Mun memandang Aqil sekilas. Hairan melihat ketegangan diwajah Aqil.
“Kenapa?” soal Mun pula. Aqil mengeleng-geleng kepala. Mun sekadar mengangguk faham. Pada awalnya perasaan cukup gembira apabila melihat gambar itu tetapi apabila memikirkan latar belakang gadis itu cukup berbeza dengan Nurul membuatkan dia kurang yakin dengan situasi ini. Dia memandang Mun sekilas.
“Boleh saya masuk sekejap. Saya rasa macam tertinggal sesuatu,” pinta Aqil.
“Eh, masuklah Encik Aqil. Saya tunggu kat luar,”. Aqil terus berlalu setelah dia meminta izin dari Mun. Dia sekadar berbohong menyembunyikan perkara sebenar. Dia ingin meneliti kembali gambar yang dilihatnya.
Dia melajukan langkahnya. Kini matanya menikam tepat kearah gambar itu dan wajah itu persis Nurul. Memang tidak salah lagi tekaan dia. Dia mengambil Bingkai gambar itu lalu dipandangnya lama. Namun pandangan sedikit terganggu apabila ditenung lama-lama baru dia perasan seperti ada sesuatu yang melekat pada dahi Nurul. Dia mengosok-gosok dengan jari telunjuk tetapi tidak tertanggal. Dia merenung benda yang dianggap melekat.
“Parut?” terpancul perkataan itu dibibirnya. Ternyata gadis ini bukan insan yang dicari-carinya. Fikirannya berkecamuk. Pelanduk dua serupa atau kembar!

Aiman menghentikan keretanya apabila sampai di destinasi yang dikatakan oleh Aqil di dalam telefon tadi. Dia pun tidak pasti kenapa Aqil menyuruhnya ambil dia disini. Rumah makwe baru la ni, monolog Aiman sendiri. Terus dicapai telefon lalu didail semula nombor yang digunakan oleh Aqil sebentar tadi.
“Hello, assalamualaikum,” jawab Mun lembut. Hah, perempuan! Sah la makwe baru, bisik hatinya. Aiman berdehem. Dia tersenyum,
“Emm, Aqil ade?,” tanya Aiman. Kepalanya masih ligat memikirkan siapa pemilik suara itu. Setahu dia Aqil masih tidak boleh lupakan Si Nurul tu. Katanya Nurullah kekasih awal dan akhirnya. Ceh macam tajuk lagu Jamal Abdillah pula. Lama Aiman mengelamun.
“Hello..Man,” jawab suara lelaki.  
“Aqil, aku ni...dah ada depan rumah yang kau cakap tulah... ha’ah.. cepat sikit... apa? nak aku masuk?  Ha!Ha! aku pakai kereta barulah... aku nampak kau dengan sorang pompuan kat luar tu.. ha’ah! Cepat sikit aku dah lambat ni,,” dia terus menekan butang off. Ketawanya masih berbaki gembira dia mengenakan Aqil dia menguak pintu keretanya untuk keluar tetapi tidak jadi.
Aqil gegas keluar apabila namanya dipanggil. Mun menghulurkan telefon bimbit kepada Aqil.
“Hello... Man,”
“Depan rumah.. tak ada pun pasal aku kat luar ni. Tak nampak pun kereta kau..apa yang cepat? Kau nak masuk jangan nak mengarutlah..ooo kereta baru.. swift ke? Okey, okey kejap aku nak pakai kasut,” Aqil terus mematikan telefon bimbit lalu dihulurkan kepada Mun.
“Dah sampai?” tanya Mun. Aqil mengganguk. Mun terus masuk kedalam rumah untuk mengambil kunci mangga pintu pagar.
Dari jauh dia melihat seorang wanita muda sedang menuju kearahnya. Dia tersenyum lebar. Cantik jugak makwe baru Aqil, puji Aiman dalam hati. Apabila jarak mereka semakin dekat baru dia tersedar siapa wanita itu. Munirah! Terkejut bukan kepalang. Bagaimana dia boleh melupakan musuh ketatnya masa zaman sekolah dahulu. Matanya masing tidak lepas memandang wajah Mun. Dia tidak menafikan gadis itu semakin cantik.
Mun hanya bermuka selamba kerana dari jauh dia sudah kenal dengan mamat yang berdiri dihadapannya. Dia pelik macam mana lelaki selekeh macam Aiman ini boleh kenal dengan orang terpengaruh seperti Aqil. Dia perasan Aiman mencerlung tajam kearahnya tetapi tidah diendahkan. Dia berlagak biasa.
“Masalah la budak sengek ni,” kata Mun lalu dikuak pintu pagar.
“Kau cakap apa tadi?” soal Aiman lalu keluar dari keretanya. Rasa tidak puas hati apabila mendengar butir bicara Mun sebentar tadi. Mengugat egonya.
“Dengar la pulak mamat sekor ni,”. Mun hanya buat muka bodoh. Aiman si budak sengek dan Mun si budak tonggek. Selang beberapa minit Aqil keluar mendapatkan temannya. Dia masih tidak dapat menduga perang dunia ketiga akan meletus sekejap lagi. Dia menghampiri Aiman. Dia pelik melihat Aiman tidak bertegur sapa dengannya malahan merenung Mun seperti harimau menanti mangsanya.
“Kenal ke?” tanya Aqil pada Aiman sambil mengerak-gerakkan jari telunjuknya kearah Aiman dan Mun. Aiman memandang Aqil sekilas. Dia diam seribu bahasa. Malas dia hendak bersuara depan minah tonggek ni. Dia mengubah topik apabila perasan melihat muka Aqil yang lebam-lebam. Paling ketara pada bahagian mata. Kene belasah dengan minah tonggek nih ke?
“Kau ni kenapa? Muka lebam-lebam? Kene pukul dengan siapa?”kata Aiman sambil membelek wajah Aqil. Hairan melihat keadaan Aqil setahunya Aqil tiada musuh tapi kalau ada musuh pun takkan sampai lebam-lebam. Ni mesti keje pompuan ni, fikir Aiman.
“Kau gaduh dengan pompuan ni ke? Dia tumbuk kau... si minah tonggek ni?” Aiman mengerling kearah Mun. Aqil diam terkejut dengan kata-kata Aiman.  
 “Minah tonggek? Siapa pulak tu?” bisiknya kepada Aiman. Aiman bersahaja. Berbeza dengan reaksi Mun. Terlopong dia mendengar kata-kata berani dari mulut musuh ketatnya itu bertambah berkarat telinganya apabila Aiman menyebut panggilan minah tonggek dan dia tahu panggilan itu ditujukan kepadanya. Memang tak makan nasi mamat ni hari ni!
Minah tonggek ke yang pukul Aqil? Kesian... ingatkan kena langgar dengan budak sengek!” Mun memulangkan dulang paku serpih. Sengaja dia meninggikan nada ‘budak sengek’  melepaskan geramnya. Mengulangi perbuatan Aiman. Dipandang tepat ke mata Aiman. Aiman berhenti membelek wajah teman baiknya itu. Terjengkil matanya menahan marah. Baru dia bertemu buku dengan ruas. Masing-masing hendak tunjuk siapa paling kuat. Aqil baru tersedar bahawa sekarang dia berada ditengah-tengah perperangan dingin antara Aiman dan Mun. Aqil memandang Aiman dan Mun silih berganti. Siapa minah tonggek siapa budak sengek? Pening aku!
“Man, jom... nanti mak kau cari,” kata Aqil ringkas tapi menyengit. Dia kena hentikan mereka berdua dari terus menerus bertikam lidah mengenai perkara yang langsung dia sendiri tidak faham. Mak? Apasal main mak-mak pulak ni!
 Dia terus mengerling jam tangannya. Masa untuk makan tengahari. Dia berjanji dengan emaknya untuk makan tengahari bersama-sama. Patutlah Aqil cakap macam tu ingatkan nak kenakan aku, fikir Aiman. Bergegas dia masuk ke perut kereta tanpa menghiraukan Mun. Anak emak katakan. Aqil hanya melihat gelagat temannya itu. Lucu.
 “Emm, Mun terima kasih dan minta maaf kerana menyusahkan awak... kalau ada masa kita jumpa lagi, kalau ada apa-apa masalah jangan segan telefon saya. .call me and  jangan ambik hati sangat dengan kawan saya tu. Dia memang macam tu,” kata Aqil sambil mengerakkan tangan supaya menelefonnya jika memerlukan pertolongan daripadanya.
“InsyaALLAH,” ujar Mun lembut sambil tersenyum manis langsung memberi jelingan maut kepada Aiman. Aiman turut membalas dengan menjelirkan lidah. Aqil yang melihat aksi mereka mengeleng kepala. Macam budak-budak.  Dengan ucapan terima kasih sekali lagi Aqil terus masuk ke dalam perut kereta. Belum sempat Aqil hendak perkenakan tali pinggang keselamatan terus tubuhnya berganjak ke belakang. Aiman memecut laju sehingga mengeluarkan asap hitam sehingga tenggelam kelibat Mun. Sengaja dia melakukan begitu. Terbatuk-batuk Mun terhidu asap hitam. Jahanam kau Sengek!
 Aiman tersenggih-senggih kerana dapat mengenakan Si Mun. Aqil tergaman dengan tindakan berani Aiman. Dia membetulkan semula tali pinggang keselamatan yang belum sempat dipakainya. Dia menjerling sekilas kearah Aiman.
“Macam-macamlah kau ni Man. Kesian aku tengok budak tu,” kata Aqil menyatakan ketidakpuasan hatinya. Aiman mengerling kearah temannya. Tersenggih menunjukkan susunan gigi yang cantik.
“Jangan nak buat iklan gigi pulak kat sini. Lagipun gigi depan kau je yang cantik, gigi palsu katakan,” marah Aqil sambil mengejek temannya.
 “Amboi sedapnya mulut hang.. bila masa aku pakai gigi palsu.. bukan kau ke yang pakai... okay... Sorry la bro.. last tapi baru permulaan,” Aiman masih tersenggih sambil mengangkat keningnya beberapa kali seperti sedang merancang untuk memusnahkan musuhnya. Dia kembali fokus akan pemanduannya. Aqil mencebik. Benggang dengan perangai temannya. Tiba-tiba bertukar perwatakan menjadi kanak-kanak Ribena. Autisme agaknya!
“Apa-apa la tapi jangan nak sabit dengan aku pula nahas kau nanti. Hancur plan aku nanti,” ugut Aqil sambil menguak beberapa helai rambut yang mencucuk matanya kebelakang. Dia sama sekali tidak ingin terlibat dalam soal perang saudara ini. Aiman binggung apabila Aqil menyebut ‘plan’.
Plan? Plan apa? Kau jangan cakap yang kau suka dengan minah tonggek tu. Kau biar betul,” tembak Aiman.
 Alamak tersalah cakap, ngomelnya. Aiman melihat Aqil berkumat kamit. Langsung dia tidak faham apa yang dibicarakan oleh temannya itu.
“Kiranya betullah kau suka minah tu?” soal Aiman kali kedua. Apabila soalan pertamanya tidak dijawab. Aqil mengangguk. Spontan. Aiman terkejut.
“Woi!” jerit Aiman. Terkejut Aqil dibuatnya. Dia memegang dadanya. Tidak berkelip dia memandang Aiman. Marah.
“Kenapa dengan kau ni? Tiba-tiba menjerit kat tepi telinga aku.. gila ke?” balas Aqil. Geram dengan tindakan Aiman. Kalau lah dia ada sakit jantung pasti dah jalan agaknya.
“Jangan... jangan... baik kau batalkan niat kau tu.. ni aku nak bagi kau nasihat... kalau kau nak tahu budak tu raksasa..” jelas Aiman tetapi dia langsung tidak memahami. Raksasa? Aqil mengeleng. Dia memusing-musing jari telunjuknya ke tepi kepalanya.
“Apa kau merepek ni, Man oi? Raksasa apa pula..”
“Mun lah. Baik kau batalkan niat kau tu,” kata Aiman. Baru dia tersedar rupanya Aiman sedang becerita mengenai Mun. Aku cerita pasal orang lain, monolognya.
“Batalkan niat apa? Aku tak berniat apa-apa pun,”
“Tadi aku tanya kau angguk.”
“ Kau tanya apa?”
“Apa dah jadi dengan kau ni? Telinga kau ada masalah lepas kene pukul. Aku tanya kau suka Mun ke?”
“Eh, mana ada. Aku baru je kenal dengan dia takkan tiba-tiba boleh suka pulak. Agak-agak la,”. Tegang kedengaran suara Aqil. Mana tidaknya kepalanya berserabut dengan gadis yang mirip Nurul ditambah pula serkap jarang Si Aiman. Bikin panas je!.
“Dia bukan makwe kau?” Aiman tidak puas hati dengan jawapan Aqil. Aqil menggeleng. Dia bertambah hairan.
“Habis tu macam mana kau boleh ada kat rumah dia?” Aiman mengorek lagi kejadian pelik yang berlaku.
“Aku pengsan..” jawab Aqil ringkas.
“Pengsan kenapa pulak?” tanya Aiman tanpa memikirkan lebam-lebam yang dilihatnya tadi. Aqil mejerling kearah Aiman. Dia jugak belek muka aku tadi, guman Aqil dalam hati.
“Aku kene pukul semalam. Entah sapa entah... mula-mula perempuan tu mintak tolong aku pergilah bantu dia.. tanya kenapa... tut.. tut dia jerit tuduh aku nak cabul dia.. pahtu tiba-tiba ramai pula yang ada kat situ entah dari mana datangnya.. ni lah kesannya,”  bagitahu Aqil panjang lebar sambil menudingkan jari kearah mukanya.
“Macam mana kau boleh kenal dengan Mun?” kini Aqil mula yang menyoal Aiman.
“Sama sekolah dengan aku...” jawab Aiman mendatar.
“Ooo... jadi dialah budak yang selalu kau cerita kat dalam telefon hari-hari. Sampai menangis-nangis kau kene buli dengan dia,” kata Aqil. Aiman menjerling tidak puas hati kerana Aqil masih mengingati kisah yang ingin dilupakan itu.
“Dah dahlah... kau jangan nak sebut-sebut lagi cerita lama tu.. sakit telinga aku,”
“Entah-entah kau ada hati dengan minah tu,” Aqil berkata perlahan.
“Ceh, tak ada maknanya aku nak suka apatah lagi nak jatuh hati, simpang!”
“Eleh mulut kata lain hati kata nak! Nak! Macamlah aku tak kenal kau ni. Eh, kau kata satu sekolah dengan Mun jadi kau kenallah budak nama Iqa?” soal Aqil. Aiman memandang Aqil sekilas. Hairan tiba-tiba sahaja nama Iqa disebut-sebut Aqil. Dia berfikir sejenak.
“Tak pastilah. Tak ingat. Benda lama,”. Aiman langsung tidak ingat nama yang disebut Aqil. Rasanya tak pernah pula nama itu wujud dalam senarai temannya. Budak kelas lain lah tu!
“Mun boleh pula ingat. Manusia, manusia,” bidas Aqil perlahan. Jarinya menari-nari mengetuk cermin disebelahnya.
“Apa?” tanya Aiman. Dia tidak jelas dengan kata-kata Aqil tetapi berbau seperti ejekan.
 “Tak ada apa-apalah. Baik kau fokus aje dengan jalan rata kat depan kau tu,” balas Aqil. Malas hendak melayan. Aiman tidak puas hati setelah Aqil tidak memberi jawapan yang ingin didengari.
“Yelah...yelah. Kita nak pergi mana ni? Rumah kau?”Aiman mengalah lalu mengubah topik perbualan. Dia kembali menumpukan pada pemanduannya. Dia megerling sekilas ke arah temannya untuk mendapatkan kepastian.
“Pergi kedai kau la... lapar,” ngadu Aqil. Dia memegang-megang perutnya tanda dia dalam kelaparan. Betul, kelaparannya memang pada tahap maksimun. Bukan Mun tidak mempelawanya makan dahulu memandangkan Aiman datang lambat tetapi ditolak. Dia tidak mahu menyusahkan kawan yang baru dikenalinya itu.
“Daripada pergi kedai aku baik pergi umah aku je. Dah lama mak aku nak jumpa bakal menantu dia,” usik Aiman. Aqil mencebik. Pecah ketawa dia melihat perubahan wajah Aqil.
“Yelah.. kau nak aku tunggu dia sampai aku berjanggut. Adik kau baru 10 tahun, monyet, “ bidas Aqil. Kali ini dia pula ketawa. Tidak sangka dia akan mengeluarkan perkataan keramat itu. Padan muka!
Aiman memandang Aqil sekilas. Asyik dia bergelak ketawa tiba-tiba matanya tertangkap sesuatu berwarna oren pada sit Aqil.
“Qil, cuba kau kedepan sikit badan kau tu pahtu kau tengok kenapa dengan sit kereta aku tu. Tadi tak ada pun warna coklat kat situ. Banyak pula tu,” arah Aiman sekali sekala matanya kembali ke jalan raya. Aqil menurut dan dia turut terkejut melihat kesan kotoran yang banyak ditempat dia bersandar. 
“Qil, cuba kau pusing belakang kau. Aku nak tengok,”. Sekali lagi Aqil hanya menurut kata-kata Aiman.
“Ya, Allah. Apa kat belakang kau ni Qil oi. Lumpur tu. Kau pergi mana semalam. Adoi, dah aku kena basuh sit aku,” rungut Aiman.
“Kotor sangat ke belakang aku ni. Nampaknya terpaksa lah aku pinjam baju kau ye dan satu lagi lupa nak cakap. Malam ni aku tumpang tidur rumah kau,” kata sambil membelek bajunya.
“Kenapa pula?”
“Kau tak nampak ke muka aku macam ni. Tak pasal-pasal aku kena siasat kat umah. Tahu ajelah Umi dengan Abib aku tu,” jelas Aqil. kotor pada bajunya dibiarkan begitu.
“Yelah-yelah...  jangan buat onar sudah,”
“Buat onar apa kejadahnya. Kau ingat aku ni budak 10 tahun ke?”
“Alolo, gurau ajelah. Alang-alangkan kau dah tumpang rumah aku apa kata kau basuh sit kereta aku yang kau kotorkan tu ye. Terima kasih, jasa dan budi anda amat saya hargai,”
“Baik,” balas Aqil. Nasib diri!   


No comments:

Post a Comment