Friday, March 01, 2013

Rahsia Siapa? 6




BAB 6

   

        Iqa termenung sendirian di dapur teringat akan kata-kata ibunya sebentar tadi melalui telefon. Dia tidak tahu reaksi yang macam mana harus dia tunjukkan. Pada mulanya dia hanya ingin bertanya khabar kerana terlalu rindu pada ibunya tetapi perkara yang dikhabarkan oleh wanita itu membuatkan dia kecewa. Dia tahu hubungan dia dengan ayahnya dingin tetapi tidak seharusnya dia dilayan begitu. Ibunya memohon maaf kerana tidak memberitahunya bahawa ayahnya dimasukkan kehospital kerana serangan asma kerana itu adalah arahan daripada ayahnya sendiri. Dia mengeluh. Dia memandang kosong mug  yang berisi air milo yang dibancuhnya sebentar tadi
“Mak cik kenapa duduk dalam gelap ni?” soal Mun sambil menekan suis lampu lalu menuju kearah peti sejuk.
“Allah Akhbar! Astargfirullah... Mun! Terkejut aku...” marah Iqa. Dia melurut-lurut dadanya. Mun hanya memandang wajah Iqa. Binggung. Iqa mengeluh kecil lalu menunduk. Dia tidak jadi untuk memarahi Mun.
“Kenapa? Aku buat apa?” soal Mun sedangkan dia tidak bermaksud untuk mengusik Iqa. Iqa hanya menggeleng. Dia mendekati Iqa sambil membawa segelas air sejuk lalu duduk bertentangan dengan Iqa.
“Kau ni kenapa? Aku tengok macam ayam berak kapur je. Kau ade masalah ke?”  soal Mun lalu meneguk perlahan air .Iqa hanya mengangguk.
“Masalah kat tempat kerja?” teka Mun. Iqa menggeleng laju.
“Habis tu... papa kau... gaduh dengan papa kau?” teka Mun lagi. Kali ini Iqa hanya berdiam diri menggeleng pun tidak mengangguk pun tidak.
“Kenapa dengan papa kau?” soal Mun lagi lalu meneguk baki air didalam gelas. Dia tahu tekaannya betul mengenai ayah Iqa. Dia kenal sangat dengan perangai teman baiknya itu.
“Papa aku masuk hospital..” beritahu Iqa membuatkan Mun terbatuk-batuk. Dia menekup mulut dari tersembur air yang diminumnya. Iqa memandang Mun sekilas.
“Apa! Masuk hospital..bila?”. Iqa mengangguk perlahan.
“Semalam..”
“Habis tu... kau tak pergi melawat ke?”. Iqa mengeluh sekali lagi. Berat keluhannya kali ini.
“Tak... entah papa aku pun tak bagi ibu cakap sebenarnya tapi ibu tak sampai hati... itupun sebab aku yang telefon ibu pasal nak tanya khabar kalau tak sampai papa keluar hospital pun aku tak tahu tapi.... entahlah.. mungkin kata-kata aku sebelum ni membuatkan papa tak nak aku tahu,” Dia kembali menunduk. Jika difikirkan semula dia yang melayan dingin ayahnya. Ibunya memberitahu bahawa ayahnya tidak mahu menyusahkannya. Dia teringat kata-kata yang diluahkan kepada ayahnya.

Dia memandang tajam kerah lelaki tua yang sedang tersenyum memandang dirinya. Entah mengapa hatinya terasa sakit dengan senyuman manis itu seakan mengejek dirinya. Mak Munah mengerling kearah Iqa. Dia dapat merasakan bahang kebencian dalam diri Iqa apabila memandang bekas adik iparnya itu. Dia merapati Iqa lalu menggenggam erat jari jemari anak saudaranya itu. Iqa membiarkannya sahaja.
“Nurul, masih tak boleh terima papa...”. Tiba-tiba Iqa bersuara membuatkan Datuk Safuan tersentap. Wajahnya berubah suram. Mak Munah terkejut dengan pernyataan berani Iqa.
“Nurul! kenapa Nurul..”
“Kak...” pintas Datuk Safuan. Mak Munah hanya berdiam diri. Iqa masih memandang tajam. Langsung tiada wajah ceria dan senyuman yang seharusnya ditunjukkan kepada ayahnya. Hatinya sungguh sakit. Dia melepaskan genggaman lalu berlari keluar dari rumah igam itu.

Panggilan Mun mengembalikannya ke alam nyata. Dia memandang wajah teman baiknya itu.
“Kau rasa patut tak aku pergi jenguk papa aku..” Iqa meminta pendapat dari Mun. Mun diam seketika. Dia menarik nafas lalu menghembusnya berat. Dia mengangkat kerusi untuk duduk bersebelahan dengan Iqa.
“Kau rasa?” soal Mun balik. Iqa hanya menjungkitkan bahunya. Dia sendiri pun tidak tahu adakah dia hendak pergi atau tidak.
“Jawapan hanya pada kau... sejahat-jahat mana papa kau dia tetap orang tua kau yang harus hormati dan sayangi... aku tak nak kau keliru dengan perasaan marah kau. Lagipun aku tak nak lah masuk campur dalam urusan keluarga kau,” sambung Mun. Dia memandang terus ke mata Iqa. Iqa seharusnya bersyukur kerana dia masih mempunyai seorang ayah sedangkan dia hanya sebatang kara. Mun menggenggam erat jemari Iqa. Iqa hanya mengangguk.
“Tapi aku masih tak boleh terima papa aku... aku belum bersedia,” terang Iqa pula. Mun hanya mengangguk. Dia tidak mahu fikiran temannya itu semakin berserabut. Dia berharap agar suatu  hari nanti Iqa akan memaafkan ayahnya. Dia mengukirkan senyuman yang cukup manis kepada Iqa. Iqa membalasnya.
“Terima kasih mun... love you!” kata Iqa membuatkan bulu romanya meremang. Iqa ketawa terbahak-bahak melihat perubahan wajah Mun. Hatinya senang kerana dapat mengenakan kawannya dengan kata cinta.
           
Asyik Datuk Safuan mengamati panorama taman dihadapannya. Pandangannya kosong melihat jururawat membawa pesakit berjalan-jalan di kawasan taman hospital. Dia terkenang saat pertemuan semula antara dia dan anak kandungnya seminggu yang lepas menyebabkan jiwanya menjadi kacau. Hatinya sarat dengan perasaan bersalah kepada Nurul Syafiqa. Peristiwa dua puluh tahun lalu kembali segar diingatannya. Peristiwa kematian isterinya, Suraya.
            Pandangan mereka bertaut. Safuan langsung tidak melepaskan gengaman tangan isterinya. Hatinya sebak melihat isterinya menahan kesakitan. Darah pekat mengalir dikepala isterinya.  Mengapa ada yang sanggup bertindak kejam pada isterinya? Air matanya laju mengalir.
            “Abang...” panggil Suraya perlahan. Safuan merapatkan telinganya ke bibir isterinya.
            “Kalau apa-apa terjadi... pada Su.... Ingat abang... janji dengan Su abang.... selamatkan anak kita.... Su minta maaf... pada abang kalau Su ada buat salah... Halalkan makan minum Su selama Su bergelar isteri abang...”ujar Suraya tersekat-sekat. Tekaknya terasa perit. Sungguh dia lemah. Safuan mengeleng. Air matanya gugur.
            “Sssyyy..Jangan cakap lagi... abang sayang Su..”kata safuan sambil meletakkan jarinya ke bibir isterinya lalu Safuan memegang pipi isterinya. Suraya tersenyum. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.
“Bertahanlah sayang... demi anak kita... Ya Allah selamatkanlah anak dan isteriku..” bergetar suaranya. Dia sungguh kesal kerana dia amat cuai dalam menjaga Suraya. Dia pasti peristiwa tadi dirancang. Lamunannya terhenti apabila dia sudah sampai ke Hospital.
Setelah sampai ke bahagian kecemasan dan kemalangan, isterinya terus di tolak ke bilik pembedahan. Dia mengikuti langkah Doktor dan jururawat yang membawa isterinya. Langkahnya dihalang apabila tiba dihadapan bilik pembedahan.
            “Encik... encik tak boleh masuk ikut sini. Jom ikut saya encik kena pakai baju yang sesuai untuk melihat isteri encik ”. Safuan mengikut langkah jururawat kearah pintu yang lain.

Sungguh dia tidak bermaya sekarang ini. Dia menyandar lesu pada dinding. Air matanya mengalir apabila mengenangkan kejadian menimpa isterinya sebentar tadi. Masih terbayang badan Suraya melabung dihadapannya ketika dilanggar oleh sebuah kereta dan kereta memecut laju meninggalkan Suraya terkulai disitu. Sungguh dia tidak dapat menduga siapa ynag tergamak memperlakukan isterinya sedemikian. Air matanya kian laju membasahi pipi.
            “Maafkan abang...” katanya perlahan seolah berbisik ditelinga isterinya. Dia menarik nafas dalam. Sebentar tadi doktor yang diiringi oleh jururawat meminta kebenarannya untuk melakukan pembedahan kerana isterinya berisiko jika bersalin secara normal disebabkan kehilangan banyak darah. Setelah menandatangan dia terus keluar dan menunggu di bilik menunggu. Beberapa jam menunggu tiba-tiba namanya dipanggil oleh seorang staff untuk masuk.
            Dia menunggu dengan sabar. Pintu dikuak dari dalam. Selepas beberapa jam dia menunggu. Dia melihat seorang berpakaian lengkap berwarna biru dan dia pasti itu adalah doktor yang meminta kebenaran untuk pembedahan isterinya. Dia terus bangun menerjah kearah doktor itu.
            “Macam mana doktor?” tanya Safuan cemas.
            “Saya harap encik bersabar... isteri encik tidak dapat diselamatkan.. tapi isteri encik seorang yang cekal. Dengan izin Allah dia melahirkan bayi perempuan sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir..” jelas doktor. Dia menepuk-nepuk bahu Safuan lembut. Dia berdoa agar lelaki ini bersabar dengan ujian dari Maha Pencipta. Berita yang diterimanya entah dia harus gembira atau berduka. Dia terduduk lesu. Air matanya sekali lagi mengurai jatuh ke pipi.
            “Maafkan abang”. Dia menangis sepuas-puasnya. Lamunannya terhenti.
“Nurul tak boleh tahu hal yang sebenarnya,” monolog Datuk Safuan.
            “Apa yang tak boleh tahu, Safuan?” soal Mak Munah hairan. Datuk Safuan membetulkan duduknya. Wajahnya mengelabah, bimbang jika perkara sebenar akan terbongkar tetapi sampai bila dia harus menyimpan teguh rahsia ini.
            “Kenapa dengan Wan ni? Akak tengok macam ada masalah. Kalau Wan tak keberatan akak sudi mendengar,” Mak Munah bersuara sekali lagi apabila persoalan pertamanya tidak dijawab oleh saudaranya itu. Datuk Safuan memandang tepat ke arah bekas kakak iparnya itu. Dia hanya tersenyum hambar.
            “Assalamualaikum..”ujar satu suara mengejutkan mereka berdua. Masing-masing memalingkan wajahnya kearah gerangan suara itu.
“Nurul..” ujar Datuk Safuan. Sungguh dia terkejut dengan kemunculan anaknya disini. Dia memandang Mak Munah untuk meminta perjelasan. Mak Munah hanya mengangguk. 

No comments:

Post a Comment