BAB 6
“Mak cik kenapa duduk dalam gelap ni?” soal Mun sambil menekan suis lampu lalu menuju kearah peti sejuk.
“Allah Akhbar! Astargfirullah... Mun! Terkejut
aku...” marah Iqa. Dia melurut-lurut dadanya. Mun hanya memandang wajah Iqa.
Binggung. Iqa mengeluh kecil lalu menunduk. Dia tidak jadi untuk memarahi Mun.
“Kenapa? Aku buat apa?” soal Mun
sedangkan dia tidak bermaksud untuk mengusik Iqa. Iqa hanya menggeleng. Dia
mendekati Iqa sambil membawa segelas air sejuk lalu duduk bertentangan dengan Iqa.
“Kau ni kenapa? Aku tengok macam ayam
berak kapur je. Kau ade masalah ke?”
soal Mun lalu meneguk perlahan air .Iqa hanya mengangguk.
“Masalah kat tempat kerja?” teka Mun. Iqa
menggeleng laju.
“Habis tu... papa kau... gaduh dengan
papa kau?” teka Mun lagi. Kali ini Iqa hanya berdiam diri menggeleng pun tidak
mengangguk pun tidak.
“Kenapa dengan papa kau?” soal Mun lagi
lalu meneguk baki air didalam gelas. Dia tahu tekaannya betul mengenai ayah Iqa.
Dia kenal sangat dengan perangai teman baiknya itu.
“Papa aku masuk hospital..” beritahu Iqa
membuatkan Mun terbatuk-batuk. Dia menekup mulut dari tersembur air yang
diminumnya. Iqa memandang Mun sekilas.
“Apa! Masuk hospital..bila?”. Iqa mengangguk
perlahan.
“Semalam..”
“Habis tu... kau tak pergi melawat
ke?”. Iqa mengeluh sekali lagi. Berat keluhannya kali ini.
“Tak... entah papa aku pun tak bagi ibu
cakap sebenarnya tapi ibu tak sampai hati... itupun sebab aku yang telefon ibu
pasal nak tanya khabar kalau tak sampai papa keluar hospital pun aku tak tahu tapi....
entahlah.. mungkin kata-kata aku sebelum ni membuatkan papa tak nak aku tahu,”
Dia kembali menunduk. Jika difikirkan semula dia yang melayan dingin ayahnya.
Ibunya memberitahu bahawa ayahnya tidak mahu menyusahkannya. Dia teringat
kata-kata yang diluahkan kepada ayahnya.
Dia memandang tajam kerah lelaki tua
yang sedang tersenyum memandang dirinya. Entah mengapa hatinya terasa sakit
dengan senyuman manis itu seakan mengejek dirinya. Mak Munah mengerling kearah Iqa.
Dia dapat merasakan bahang kebencian dalam diri Iqa apabila memandang bekas adik
iparnya itu. Dia merapati Iqa lalu menggenggam erat jari jemari anak saudaranya
itu. Iqa membiarkannya sahaja.
“Nurul, masih tak boleh terima papa...”.
Tiba-tiba Iqa bersuara membuatkan Datuk Safuan tersentap. Wajahnya berubah
suram. Mak Munah terkejut dengan pernyataan berani Iqa.
“Nurul! kenapa Nurul..”
“Kak...” pintas Datuk Safuan. Mak Munah
hanya berdiam diri. Iqa masih memandang tajam. Langsung tiada wajah ceria dan
senyuman yang seharusnya ditunjukkan kepada ayahnya. Hatinya sungguh sakit. Dia
melepaskan genggaman lalu berlari keluar dari rumah igam itu.
Panggilan Mun mengembalikannya ke alam
nyata. Dia memandang wajah teman baiknya itu.
“Kau rasa patut tak aku pergi jenguk
papa aku..” Iqa meminta pendapat dari Mun. Mun diam seketika. Dia menarik nafas
lalu menghembusnya berat. Dia mengangkat kerusi untuk duduk bersebelahan dengan
Iqa.
“Kau rasa?” soal Mun balik. Iqa hanya
menjungkitkan bahunya. Dia sendiri pun tidak tahu adakah dia hendak pergi atau
tidak.
“Jawapan hanya pada kau... sejahat-jahat
mana papa kau dia tetap orang tua kau yang harus hormati dan sayangi... aku tak
nak kau keliru dengan perasaan marah kau. Lagipun aku tak nak lah masuk campur
dalam urusan keluarga kau,” sambung Mun. Dia memandang terus ke mata Iqa. Iqa
seharusnya bersyukur kerana dia masih mempunyai seorang ayah sedangkan dia
hanya sebatang kara. Mun menggenggam erat jemari Iqa. Iqa hanya mengangguk.
“Tapi aku masih tak boleh terima papa
aku... aku belum bersedia,” terang Iqa pula. Mun hanya mengangguk. Dia tidak
mahu fikiran temannya itu semakin berserabut. Dia berharap agar suatu hari nanti Iqa akan memaafkan ayahnya. Dia
mengukirkan senyuman yang cukup manis kepada Iqa. Iqa membalasnya.
“Terima kasih mun... love you!” kata Iqa membuatkan bulu
romanya meremang. Iqa ketawa terbahak-bahak melihat perubahan wajah Mun. Hatinya
senang kerana dapat mengenakan kawannya dengan kata cinta.
Asyik Datuk Safuan mengamati panorama taman dihadapannya.
Pandangannya kosong melihat jururawat membawa pesakit berjalan-jalan di kawasan
taman hospital. Dia terkenang saat pertemuan semula antara dia dan anak
kandungnya seminggu yang lepas menyebabkan jiwanya menjadi kacau. Hatinya sarat
dengan perasaan bersalah kepada Nurul Syafiqa. Peristiwa dua puluh tahun lalu
kembali segar diingatannya. Peristiwa kematian isterinya, Suraya.
Pandangan mereka bertaut. Safuan
langsung tidak melepaskan gengaman tangan isterinya. Hatinya sebak melihat
isterinya menahan kesakitan. Darah pekat mengalir dikepala isterinya. Mengapa ada yang sanggup bertindak kejam pada
isterinya? Air matanya laju mengalir.
“Abang...” panggil Suraya perlahan.
Safuan merapatkan telinganya ke bibir isterinya.
“Kalau apa-apa terjadi... pada
Su.... Ingat abang... janji dengan Su abang.... selamatkan anak kita.... Su
minta maaf... pada abang kalau Su ada buat salah... Halalkan makan minum Su
selama Su bergelar isteri abang...”ujar Suraya tersekat-sekat. Tekaknya terasa
perit. Sungguh dia lemah. Safuan mengeleng. Air matanya gugur.
“Sssyyy..Jangan cakap lagi... abang
sayang Su..”kata safuan sambil meletakkan jarinya ke bibir isterinya lalu Safuan
memegang pipi isterinya. Suraya tersenyum. Berkerut-kerut dahinya menahan
sakit.
“Bertahanlah
sayang... demi anak kita... Ya Allah selamatkanlah anak dan isteriku..”
bergetar suaranya. Dia sungguh kesal kerana dia amat cuai dalam menjaga Suraya.
Dia pasti peristiwa tadi dirancang. Lamunannya terhenti apabila dia sudah
sampai ke Hospital.
Setelah sampai ke bahagian kecemasan
dan kemalangan, isterinya terus di tolak ke bilik pembedahan. Dia mengikuti
langkah Doktor dan jururawat yang membawa isterinya. Langkahnya dihalang
apabila tiba dihadapan bilik pembedahan.
“Encik... encik tak boleh masuk ikut
sini. Jom ikut saya encik kena pakai baju yang sesuai untuk melihat isteri
encik ”. Safuan mengikut langkah jururawat kearah pintu yang lain.
Sungguh dia tidak bermaya sekarang ini.
Dia menyandar lesu pada dinding. Air matanya mengalir apabila mengenangkan kejadian
menimpa isterinya sebentar tadi. Masih terbayang badan Suraya melabung dihadapannya
ketika dilanggar oleh sebuah kereta dan kereta memecut laju meninggalkan Suraya
terkulai disitu. Sungguh dia tidak dapat menduga siapa ynag tergamak memperlakukan
isterinya sedemikian. Air matanya kian laju membasahi pipi.
“Maafkan abang...” katanya perlahan
seolah berbisik ditelinga isterinya. Dia menarik nafas dalam. Sebentar tadi
doktor yang diiringi oleh jururawat meminta kebenarannya untuk melakukan
pembedahan kerana isterinya berisiko jika bersalin secara normal disebabkan
kehilangan banyak darah. Setelah menandatangan dia terus keluar dan menunggu di
bilik menunggu. Beberapa jam menunggu tiba-tiba namanya dipanggil oleh seorang
staff untuk masuk.
Dia
menunggu dengan sabar. Pintu dikuak dari dalam. Selepas beberapa jam dia
menunggu. Dia melihat seorang berpakaian lengkap berwarna biru dan dia pasti
itu adalah doktor yang meminta kebenaran untuk pembedahan isterinya. Dia terus
bangun menerjah kearah doktor itu.
“Macam mana doktor?” tanya Safuan
cemas.
“Saya harap encik bersabar... isteri
encik tidak dapat diselamatkan.. tapi isteri encik seorang yang cekal. Dengan
izin Allah dia melahirkan bayi perempuan sebelum dia menghembuskan nafasnya
yang terakhir..” jelas doktor. Dia menepuk-nepuk bahu Safuan lembut. Dia berdoa
agar lelaki ini bersabar dengan ujian dari Maha Pencipta. Berita yang
diterimanya entah dia harus gembira atau berduka. Dia terduduk lesu. Air
matanya sekali lagi mengurai jatuh ke pipi.
“Maafkan abang”. Dia menangis
sepuas-puasnya. Lamunannya terhenti.
“Nurul tak boleh tahu hal yang
sebenarnya,” monolog Datuk Safuan.
“Apa yang tak boleh tahu, Safuan?”
soal Mak Munah hairan. Datuk Safuan membetulkan duduknya. Wajahnya mengelabah,
bimbang jika perkara sebenar akan terbongkar tetapi sampai bila dia harus
menyimpan teguh rahsia ini.
“Kenapa dengan Wan ni? Akak tengok
macam ada masalah. Kalau Wan tak keberatan akak sudi mendengar,” Mak Munah
bersuara sekali lagi apabila persoalan pertamanya tidak dijawab oleh saudaranya
itu. Datuk Safuan memandang tepat ke arah bekas kakak iparnya itu. Dia hanya
tersenyum hambar.
“Assalamualaikum..”ujar satu suara
mengejutkan mereka berdua. Masing-masing memalingkan wajahnya kearah gerangan
suara itu.
“Nurul..” ujar Datuk Safuan. Sungguh
dia terkejut dengan kemunculan anaknya disini. Dia memandang Mak Munah untuk
meminta perjelasan. Mak Munah hanya mengangguk.