Wednesday, January 02, 2013

Cerpen Cermin Cintaku…bhg 1


Cerpen Cermin Cintaku…bhg 1
                                        Izinkan aku melihat cermin hatimu.



                       
    Laju dia mengorak langkah. Matanya melilau kekanan dan kekiri. Mencari lelaki yang melanggarnya tadi. Dari susuk tubuhnya yang tinggi dan tegap itu, dia pasti itu adalah Syameer dan dia teramat yakin. Sepuluh tahun lelaki itu menghilang dan kemunculan yang tidak disangka itu seperti sebuah rahmat untuknya. Dia ingin bersemuka dengan Syameer. Hatinya tidak putus-putus berdoa ke hadrat Illahi agar dia dapat berjumpa dengan lelaki itu tetapi takdir seolah-olah tidak ingin mempertemukan mereka berdua. Jalan yang sesak dengan manusia menyukarkan dia untuk menjejaki Syameer. Sedang dia berasak mencari ruang, kelibat Syameer sudah hilang. Langkahnya terhenti, ternyata dia mencari sehingga ke hujung pasar. Tiada lagi Syameer yang tinggal hanyalah deretan kereta disepanjang  jalan. Matanya masih mencari, bimbang jika dia tersalah pandang tetapi tiada. Dia pasrah.Dia menunduk. Hampa. Mungkin bukan dia, monolog Umi. 
       
       Akhirnya dia sedar, ini mungkin kerana dia terlalu memikirnya Syameer. Dia mengambil keputusan untuk pulang. Hendak berpatah balik ke pasar terasa malas. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju kearah keretanya. Langkahnya terhenti apabila seseorang lelaki menghalang laluannya. Dia benggang dengan tindakan berani itu. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya memandang  lelaki itu. Berderau darah Umi apabila memandang wajah yang amat dikenali itu. Syameer, jadi betullah dia luah hatinya. Perasaannya berbelah bagi antara marah, sayang dan rindu. Marah kerana menghilangkan diri selama ini. Sayang kerana belum pernah dia meluahkan kata cintanya dan rindu apabila dia sedar bahawa dia benar-benar mencintai lelaki itu. Namun dia harus membuang jauh-jauh sifat egonya dan dia ingin menjadi insan yang baru. Insan yang menghargai erti cinta.
“Awak....” perlahan dia bersuara. Dia tidak dapat menahan perasaan sebak. Air matanya bergenang dan terus mengalir laju kepipinya. Syameer terkesima.  Hatinya tersetap melihat  air mata Umi. Adakah keputusannya dulu salah. Umi kembali ke alam nyata, dia menyekat air matanya. Sungguh dia amat merindui lelaki itu. Wajahnya bersahaja seperti dulu. Tolong fahami aku, ujar hati kecilnya.
“Tengku Umi Aisyah...” sedikit bergetar suara Syameer. Pada mulanya dia melarikan diri dari terus menatap wajah bekas isterinya itu, namun dia perlu kuat semangat untuk bersemuka Umi dan kini, Umi berada di hadapannya.  Matanya singgah ke wajah redup bekas isterinya itu. Dia seolah dapat mengerti sinar rindu dari mata Umi. Apa benar kasihnya sudah pudar tetapi mengapa hatinya terasa seperti melihat isterinya buat kali pertama di waktu hari penikahannya dulu. Adakah aku juga ego, luah hatinya sendiri.

*                *                      *                      *                      *                      *



“Aku terima nikahnya Tengku Umi Aisyah Binti Tengku Saiffuddin dengan mas kahwin tersebut itu...”
Sah! Sah! Sah! Hanya sekali lafaz syameer kini sudah bergelar suami. Hatinya berdebar memikirkan tanggungjawab yang akan dipikulnya. Tanggungajawab seorang ketua rumah yang menjaga nafkah zahir dan batin isterinya. Adakah dia mampu? Hanya kepada Allah dapat aku berserah dan bertawakal, monolog hatinya. Manakala berlainan pula yang bermain di benak fikiran Umi. Apa benar dia sudah bergelar isteri. Isteri kepada lelaki yang tidak dikenalinya. Rupanya, latar belakang langsung dia tidak tahu. Dia hanya tersenyum hambar ketika teman kolejnya mengusik-usik dirinya. Sekadar ingin memaniskan muka. Dari dalam bilik, dia dapat melihat jelas wajah ibunya yang tersenyum lebar. Asyik menyaksikan upacara akad nikah diluar. Dipandang sayu wajah ibunya. Perasaannya tidak keruan masa itu, ingin dia memberontak dengan tindakan ibunya, dia tidak sanggup. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka yang tidak patuh pada kata orang tuanya. Jika ini takdirnya mungkin dia akan redha tetapi hati ini masih sakit. Ya Allah, kuatkan imanku, ujar hatinya kala itu. Tanpa diduga air matanya mengalir. Sungguh dia rasa tertekan, hendak diikutkan hati mahu sahaja dia melarikan diri dari majlis perkahwinan ini tetapi dia tidak mampu.
“Hei, Umi... are you okay?” tanya Mastura apabila melihat Umi mengalirkan air mata. Umi hanya tersenyum. Dia tidak berfikir panjang masa itu. Mengapa dia harus menanggis di depan orang, sedangkan mereka tidak dapat membantunya masa ini. Mereka tidak mengerti perkara yang sedang berlaku.
I’m okay...” bergetar suaranya.. Mastura tersenyum.
“Pasti? Jangan buat hal pula nantikata Mastura sekadar mengusik. Umi mengganguk. Dia tidak ingin mengeruhkan keadaan. Mastura menyapu lembut air mata yang masih berbaki dipipi Umi.
So, tak mau la sedih-sedih macam ni. Macam budak kecik pula..” pujuk Mastura. Umi tersenyum kelat. Dia memejamkan matanya buat seketika. dia mengelamun. Mas, kau tak tahu apa yang sedang aku alami. Aku masih muda untuk bergelar isteri. Aku juga ada cita-cita macam kau, ujar hatinya
“Kak, pengantin lelaki nak masuk ni...” kata Syaida sedikit berbisik. Lamunannya mati. Mastura menunjukkan isyarat ‘okay’kepada Umi.
Ready?”. Umi terdiam. Ya pun tidak, angguk pun tidak. ‘Excited’ benar kawannya ini.
“Entah la...” ujar Umi perlahan. Hatinya beku. Malas hendak difikirkan. Kalau aku pengsankan bagus tak payah susah-susah nak berlakon excited sangat, monolog hatinya.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...” semua orang yang berada di dalam bilik itu menjawab diiringi gelak ketawa kecuali Umi hanya di dalam hati. Umi hanya menunduk. Dia tidak sanggup untuk melihat lelaki itu. Hatinya tidak kuat. Syameer menghampiri wanita yang baru sahaja dinikahinya itu. Hatinya bergetar. Dia tidak mengerti perasaannya ketika itu. Ingin dia melurut dada tetapi segan. Bimbang jika dia dijadikan bahan usikan.
“Umi angkat sikit muka tu...cik abang nak tengok...” usik Mastura meriuhkan lagi suasana. Aduh, berderau darahnya bila Mastura mengusiknya begitu. Malu bercampur geram dengan tindakan Mastura. 
“Hah, meer...yang kau tercegat tu kenapa? Tak nak sarung cincin ke? Kalau kau tak nak...biar aku yang buat,” usik Suhaimi. Sekali lagi bilik pengantin menjadi riuh rendah dengan ketawa. Syameer mengaru kepalanya yang tidak gatal. Syameer mengambil cincin didalam kotak baldu yang di hulur oleh Suhaimi. Syameer menghampiri Umi untuk menyarungkan cincin tetapi tidak disambut oleh Umi. Mastura menyiku lembut lengan Umi membuatkan dia tersedar. Dia mendonggak memandang lelaki didepannya. Mata mereka bertembung. 
Berdetap laju jantung Syameer bila pandangan mereka bersatu walaupun hanya seketika. Umi mengalihkan pandangannya. Malas ditatap lama, hatinya sakit. Bimbang dia akan meletup jika dipandang lama-lama. Syameer masih kaku. Kagum dengan keayuaan isterinya. Sungguh indah ciptaan Illahi. Adakah dia jatuh cinta pandang pertama? Syameer kembali kealam nyata. Dia berdehem mengawal perasaannya sendiri. Umi menghulurkan tangannya lalu disarungkan cincin yang bertatahkan berlian ke jari manis Umi. Umi mengucup tangan Syameer. Kini giliran Syameer pula mencium dahi Umi. Biasan cahaya kamera tidak henti-henti menangkap gambar kenangan manis pengantin itu. Syameer bergerak meninggalkan bilik pengantin. Walaupun langkahnya diatur tetapi benaknya masih memikirkan wajah Umi. Mengapa wajahnya begitu tegang sekali. Adakah dia juga tidak rela dengan perkahwinan ini sepertinya. Tetapi hatinya kini lain, entah perasaan apa yang wujud bila mereka bertentangan mata. Terasa aneh. Belum sempat dia duduk. Kedengaran riuh rendah di dalam bilk pengantin.
“Pengantin pengsan!” jerit salah seorang anak remaja di situ.
“Pengsan...” ujar Syameer lalu bergegas mendapatkan Umi.
*                *                      *                      *                      *                      *
Desiran angin pantai sungguh mendamaikan. Matanya asyik melihat ombak yang tidak berhenti menghempas pantai. Umi mengalihkan pandangannya ke arah Syameer. Sudah lama mereka tidak meluangkan masa sebegini. Pandangan mereka bertembung. Lama. Masing-masing seperti saling melepaskan sarat rindu didada. Syameer mengukirkan senyuman. Umi membalasnya. Tiada kata dibibir mereka. Kosong. Pandangan mereka beralih kearah pantai. Tidak disangka mereka akan bertemu semula. Dia memandang ke arah Syameer. Syameer hanya bersahaja. Berseluar jeans hitam dan t-shirt berkolar jenama POLO. Sesuai dengan dirinya.
“Awak apa khabar?” soal Umi memecahkan kesunyian. Matanya tidak lekang memandang wajah bekas suaminya itu. Sungguh! Dia amat merindui Syameer. Syameer yang sedang mengamati keindahan alam, mengalihkan pandangannya ke arah Umi. Dia tersenyum. Umi terpaku. Senyuman yang amat dirindui. Sakitnya hati ini dengan perbuatan ku dulu. Maafkan aku, monolog hatinya. Tubir matanya terasa hangat, dia sedar air matanya akan mengalir. Cepat-cepat dia berpaling kearah lain. Dia tidak ingin Syameer melihat air matanya yang sering sahaja mengalir semenjak dia melihat Syameer. Sungguh dia menderita selama ini hanya kerana sikap egonya dulu. Perlahan-lahan dia mengesat saki baki air mata dengan jarinya.
“Kenapa?” tanya Syameer. Hairan melihat gelagat Umi sebentar tadi. Umi menggeleng kepala. Dia mengalihkan pandangannya semula ke arah Syameer lalu mengukirkan senyuman.
“Tak ada apa-apa lah... so? Awak apa khabar?”
“Saya sihat.. Alhamdulillah.. awak?”
“Macam dulu.. alhamdullillah.. so, how your life?”. Syameer mengukir senyuman. Hanya dia  sahaja yang tahu kehidupannya selama lima tahun tanpa wanita yang dicintainya disisi. Hidupnya cukup merana. Walaupun setiap hari dia bertanya khabar Umi dari Mak Su tetapi hatinya tetap sakit kerana tidak dapat mendekati  Umi.
“Tak ada apa yang istimewa. Pagi i pergi kerja malam baru balik, tidur, solat and makan.. jadual i tiap-tiap hari sama saja?”.Umi tergelak kecil mendengar perjelasan Syameer. Berkerut dahi Syameer, dia tidak mengerti dengan tindakan spontan Umi namun dia bahagia mendengar ketawa itu.
“Apa yang kelakarnya?”soal Syameer. Dia tersenyum.
“Itu of courselah rutin harian. Orang lain pun buat perkara yang sama. Apalah awak ni?” terang Umi. Rupanya itu yang mengelikan hati Umi. Syameer suka melihat senyuman yang terukir di bibir Umi.
“Jadi.. you macam mana pula? Kehidupan you? Dah kahwin?”soal Syameer. ketawanya tiba-tiba hilang. Umi memandang wajah Syameer. Terkedu dengan soalan Syameer. Dia menggeleng perlahan. Apa dia tidak tahu bahawa aku sedang menunggunya selama ini. Kenapa aku harus terguris dengan kata-kata Syameer? Tidak salah dia bertanya, pujuk hatinya.
“Tak.. you?” ringkas sahaja jawapannya. Kini gilirannya pula meminta kepastian. Bimbang jika Syameer sudah bergelar suami orang dan ini bermakna setakat ini sahaja penantiannya. Dia akan mulakan hidup baru.
“Belum.. tengah mencari..” ujar Syameer tenang. Hati Umi berbunga riang setelah mndengar kata Syameer. Dia tersenyum sendiri. Saya ada! Ingin sahaja dia menawarkan dirinya masa itu tetapi dia sedar itu kata-kata bagi orang yang gelojoh.
“Do you know something? Awak nampak lain sangat.. tapi satu aje yang tak berubah....”  kata Umi sambil menjuihkan mulut ke arah mata Syameer. Syameer binggung dengan isyarat Umi. Dia meraba matanya. Baru dia sedar Umi mengatakan mengenai cermin matanya. Syameer tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih. Syameer membaiki cermin matanya. Sedikit terjatuh dari tempat asalnya. Umi mengambil peluang mengamati Syameer. Dia sedar Syameer nampak kurus dan wajahnya nampak lebih matang berbanding lima tahun yang lalu.
“Nampak lain...” dia mengulangi perkataan yang disebut oleh Umi mengenainya. Dia tergelak kecil dengan pernyataan Umi sambil memandang tepat kemata Umi. Umi resah dengan pandangan mata itu. Hatinya berdegup kencang. Perasaan yang digeruni jika bersama Syameer, adakah ini perasaan bahagia hanya Allah sahaja yang tahu. Syameer mengalih pandangannya
You pun apa kurangnya. Menawan awak memang da bomb... ditambah pula dengan awak yang sudah bertudung sekarang ni. Makin cute pula i te...” seloroh Syameer tetapi dia tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Matanya terpacak kearah tudung yang dipakai oleh Umi. Jika tidak salah itu adalah tudung yang diberikan kepada Umi lima tahun yang lalu.
“Tudung tu...” dia membalas pandangan Umi hanya seketika. Umi menyentuh tudung yang melitupi rambutnya kini dan dia tahu apa yang bermain di benak Syameer. Ini adalah tudung pemberian Syameer sewaktu dia dijatuhkan talak. Memang dulu dia gemar melepaskan rambutnya yang lurus tetapi peristiwa semalam banyak mengajarnya erti sayang. Sayangkan manusia dan yang lebih agung, cintakan yang Maha Esa. Pandangannya kembali kearah pantai.
“Tudung ni awak yang bagi. Saya tak simpan tapi saya pakai.” dia mengerling kearah Syameer. Syameer turut diam. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Umi akan memakai tudung pemberiannya. Sungguh banyak perubahan pada diri Umi. Perubahan yang cukup besar baginya.
“Awak masih marahkan saya?” sambung Umi. Sekilas Umi mengerling ke arah Syameer. Syameer memandangnya tepat tapi dia tidak sanggup membalas pandangan itu. Hatinya tidak keruan apabila dia mengajukan soalan itu. Rasa bersalah bersarang dihatinya.
“Marah? Entahlah..” soal Syameer ringkas. Umi mengeluh dengan jawapan hambar Syameer seperti sedang menyindir dirinya. Dia menunduk. Itu adalah salahnya guman Umi. Syameer jadi tidak sedap hati melihat Umi hanya berdiam diri. Mukanya tidak seceria tadi. Bimbang jika kata-katanya sebentar tadi menguris perasaan Umi. Dia tidak bermaksud apa-apa kala itu. Dia hanya ingin melupakan kenangan pahit masa lalunya dan dia tidak gemar perkara itu diungkit.
“Hei, kenapa diam...” lembut suara Syameer. Dia mengangkat sedikit wajah Umi supaya memandangnya. Matanya sudah bergenang. Bila-bila masa ianya akan tumpah.
“Saya minta maaf....”perlahan Umi mengujarkan kata maaf. Tanpa di pinta air matanya mengalir laju. Syameer kaget. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Tidak sangka Umi mengambil hati dengan apa yang diucapkannya tadi.
“Umi..”panggil syameer lembut. Umi memandang wajah Syameer. Matanya masih merah. Syameer menyapu lembut air mata yang mengalir dipipi Umi.
“Kenapa nangis ni? Awak tak buat salah apa-apa kat saya. Saya yang bersalah pada awak sepatutnya saya yang minta maaf pada awak,”pujuk Syameer. Umi menggeleng kepala menidakkan apa yang dikatakan oleh Syameer. Dia yang bersalah. Jika dia tidak buat perangai dulu mungkin Syameer tidak akan meninggalkan dirinya. Namun dia kembali kepada Qada dan Qadar, itu sudah tertulis pada takdirnya bahawa dia akan menjanda pada usia yang muda, monolog dirinya.
“Tak, awak tak perlu salahkan diri awak untuk menenangkan saya. Awak langsung tak...” belum sempat Umi menghabiskan kata-katanya, Syameer memintas.
“Umi...saya kesal dengan apa yang saya lakukan dan...” lembut Syameer memanggil nama Umi. Mereka bertentangan mata. Syameer tidak menghabiskan kata-katanya. Dia mengenggam erat tangan Umi. Umi hanya membiarkannya. Kali ini  dia ingin Umi tahu akan perasaanya. Jika dia tidak melafazkan sekarang sudah tentu dia rugi. Dia tidak mahu mengambil tindakan yang bodoh seperti keputusan yang dia ambil lima tahun lalu. Dia terlalu muda masa itu dalam membuat keputusan.
“Saya masih cintakan awak....”ujar Syameer lembut. Umi terkedu. Jantungnya berdenyut kencang menyebabkan terasa sakit didada. Terkejut dengan pengakuan Syameer. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. Lidahnya kelu. Otaknya beku. Namun hatinya berbunga riang. Ayat keramat itulah yang ditunggu-tunggukan selama ini. Jadi ini adalah satu peluang untuk dia berterus terang akan perasaannya juga. Syameer memandang tepat ke anak mata Umi. Sungguh dia mencintai Umi. Dia berharap Umi dapat menerima dirinya dan dia ingin  membina kehidupan dan keluarga yang bahagia bersama insan yang bernama Tengku Umi Aisyah.
“Saya... saya....” tersekat-sekat lidahya untuk mengucapkan kata keramat itu. Dia masih terkejut dengan pengakuan spontan Syameer. Kedengaran lagu ‘Terukir Dibintang’ yang dinyanyikan oleh artis muda yang berbakat, Yuna mematikan kata-kata Umi. Perlahan Syameeer melepaskan genggaman tangannya lalu mengambil telefon bimbitnya didalam poket seluar. Dia melihat skrin telefon lalu meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan. Umi ditinggalkan termangu tanpa menghabiskan kata-katanya. Syameer kembali ke arahnya. Wajahnya gelisah.
“Saya kena pergi.. urgent.. call me okay.. saya masih pakai nombor yang sama... Assalamualaikum,”. Syameer terus berlalu pergi meninggalkan Umi disitu. Walaupun dia tidak sanggup meninggalkan Umi tetapi hal ini harus diselesaikan dahulu. Dia berharap agar Umi tidak salah faham terhadap dirinya.
“Awak masih belum dengar jawapan saya.. Syameer..” pandangannya hanya berlalu mengiringi langkah Syameer meninggalkannya. Apa benar yang diluahkan oleh Syameer atau hanya mainan kata? Entah la dia pun tidak pasti. Tetapi dia ikhlas mencintai Syameer dan dia ingin Syameer tahu perasaannya. Dia sudah berubah. Hatinya juga. Cintanya pada Syameer hanya Allah sahaja yang  tahu.
*                      *                      *                      *                      *                      *         
Umi melangkah keluar dari syarikat peninggalan ibunya. Semenjak pertemuannya dengan Syameer tempoh hari, senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Hatinya sungguh gembira. Kata cinta yang diluahkan oleh Syameer masih segar di ingatan. Hari ini dia telah menyusun jadual untuk bercuti selama seminggu. Dari dulu lagi Mastura menyarankan dia untuk bercuti tetapi dia tolak. Alasannya jika dia sibuk mungkin dia dapat melupakan Syameer, malahan semakin dia menyibukkan dirinya semakin kuat ingatannnya mengenai Syameer. Pertemuannya dengan Syameer yang tanpa diduga membuatkan hari-harinya semakin ceria ditambah pula dengan luahan cinta yang diungkapkan oleh Syameer. Tapi semenjak pertemuan itu juga, tiada khabar dari Syameer. Dia mengambil telefon bimbit didalam beg galasnya lalu mencari senarai Syameer dalam senarai kenalan. Tiada.
“Macam mana boleh tak ada ni?” kepalanya ligat. Baru dia ingat. Masa itu emosinya tidak keruan. Dia terlalu marah kepada Syameer sehingga memadamkan nama Syameer dari senarai kenalan. Dia menggaru kepala.
“Ya Allah...macam mana ni?”. Dia macam cacing kepanasan. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia langsung tidak tahu mana Syameer berada sekarang. Alamat rumah, tempat kerja, kawan-kawan Syameer semua dia tidak tahu. Dia terus berlari anak memasuki perkarangan lobi syarikat. Hajatnya untuk bertanya dengan Mastura jika dia ada sedikit maklumat mengenai Syameer. Dia tidak putus-putus berdoa kepada Allah.
*                      *                      *                      *                      *                      *
Kini genaplah setahun Syameer dan Umi mendirikan rumah tangga. Dia sedar, Syameer tidak bersalah dalam hal ini, menurutnya dia hanya ingin membalas budi ibunya, Tengku Surianti. Tanpa Tengku Surianti mungkin dia tidak akan dapat meneruskan pengajiannya ke universiti. Namun hatinya tidak boleh mengelak dari terus membenci lelaki itu, jika Syameer hendak membalas budi mengapa harus menikahi dirinya. Itu tidak adil baginya. Kerana Syameer pengajiannya ke luar negara ditangguhkan atas dasar kerana dia sudah bergelar isteri dan itu adalah permintaan kedua dari ibunya yang amat berat dan menyakitkan hatinya. Dia juga ada cita-cita. Namun mengapa hatinya sakit dengan pengakuan Syameer mengenai perkahwinan ini. Dia sendiri tidak mengerti. Selama ini dia rimas dengan layanan mesra Syameer tetapi setelah mendengar pengakuan masing-masing Syameer terus berubah. Tiada lagi layanan dan senyuman yang sering mengetarkan jantungnya. Fikirannya langsung tidak tertumpu pada kaca televisyen. Dia mengerling ke tingkat atas mencari kelibat Syameer. Tiada. Lama benar dia berjumpa ibu. Apa yang mereka bualkan, monolog Umi.
Erat Syameer menggenggam tangan Tengku Surianti. Dengan teliti dia mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu angkatnya itu yang kini sudah bergelar ibu mertuanya.
“Meer, macam mana hubungan Meer dengan Umi?” soal Tengku Surianti. Tengku Surianti sedikit terbatuk. Cepat-cepat Syameer mengurut-ngurut belakang Tengku Surianti. Tengku Surianti masih menunggu jawapan daripada Syameer. Namun, Syameer hanya tersenyum kelat. Dia tidak ingin menjawab persoalan yang bermain di fikiran ibu mertuanya yang sedang sakit. Syameer hanya mendiamkan diri. Tengku Suriati tersenyum. Perasaan bersalah menular dihati tuanya. Adakah permintaanya supaya Syameer mengahwini Umi amat berat untuk dipikul oleh Syameer.
“Ibu minta maaf kalau permintaan ibu menyusahkan Meer. Umi tiada sesiapa selain ibu.. kalau ibu dah tak ada, Umi masih ada Syameer..” kata Tengku Surianti. Syameer mengengam erat tangan wanita dihadapannya. Dia mengeleng-geleng. Lidahnya kelu.
“Meer... sabarlah dengan sikap Umi. Ibu tahu Umi mempunyai perasaan yang sama macam Syameer. Ibu boleh lihat sinar cinta di mata kamu berdua. Ibu kenal Umi. Ibu yang melahirkan dan membesarkan dia. Meer...”. Syameer memandang tepat kearah mata Ibu mertuanya.
“Selamilah jiwa dia.. ibu nak Meer tarik balik kata-kata Meer sebelum ni. Ibu tahu Meer masih muda. Jangan kamu menyesal dikemudian hari. Selamilah cermin hatinya, disitu kamu akan nampak perasaan cinta dan sayang dia kepada kamu.. ingat tu..” kata Tengku Surianti. Syameer hanya mengganguk.
*                *                      *                      *                      *                      *

Teresak-esak Umi menangis. Dia teringat dengan kata-kata yang diucapkan oleh ibunya sebelum menghembuskan nafasnya ynag terakhir. Dia menggeleng kepala seakan menafikan apa yang terngiang di benaknya sekarang. Perkara itu tak akan terjadi, aku pasti dan aku nekad, ngomel Umi sendirian. Matanya tajam terus menikam Syameer yang sedang memerhatinya dari jauh. Dia bingkas bangun menghampiri Syameer. Di lap kasar saki baki air mata dipipinya itu. Syameer hanya berdiri selamba bersedia mendengar apa yang akan dihambur oleh Umi. Umi berhenti betul-betul dihadapan Syameer. Matanya yang masih basah dek air mata terus menusuk ke mata Syameer. Syameer memandang sayu wajah isterinya.
“Apa yang kau cakap dengan ibu semalam! Kau yang menyebabkan ibu mati kan? Kau kan!” tengking Umi. Matanya mencerlung tajam. Umi mula berbahasa ‘kau’ ‘aku’ dengannya. Tiada langsung perasaan hormatnya pada Syameer, suaminya. Syameer memejamkan matanya. Dia terkesima buat seketika. Perit mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya sendiri. Diam. Sikit pun Syameer tidak menjawab. Umi menjadi semakin tertekan dengan tindakan Syameer yang hanya membatu.
“Kenapa kau diam! Kenapa kau diam! Aku benci kau! Aku benci kau! Kau keluar dari rumah! Aku tak nak tengok muka kau lagi!”  tengking Umi. Dengan sepenuh hati dia melemparkan perasaan bencinya kepada Syameer. Syameer terkilan dengan pengakuan Umi. Umi menumbuk-numbuk dada Syameer tanpa menghiraukan tetamu yang hadir. Syameer hanya membiarkan Umi bertindak kasar dengannya, jika itu dapat melegakan perasaan isterinya. Mak Su yang sibuk didapur bergegas ke ruang tamu apabila terdengar bunyi bising. Terbuntang matanya melihat suasana tegang antara Umi dan Syameer.
“Umi!” Mak su memanggil nama Umi lalu menuju ke arah anak saudaranya itu. Hatinya sebal melihat perlakuan Umi.
“Ya Allah... Umi istirgfar nak... tak baik buat macam ni... dia ni suami Umi..” Mak Su cuba menenangkan Umi. Dia cuba menghalang Umi dari terus menerus bertindak kasar terhadap Syameer. Syameer memberi isyarat kepada Mak Su agar tidak menghalang perlakuan Umi. Umi berhenti buat seketika. Namun hatinya belum puas. Matanya yang merah dan banjir dengan air mata menerkam tajam ke mata Syameer. Kali ini dia nekad. Biarlah apa orang nak kata bukan mereka yang lalui tetapi aku, guman hatinya.
“Ceraikan aku! Aku nak kau ceraikan aku! Hidup aku menderita disebabkan kau!” tengki Umi. Syameer  tergaman dengan permintaan Umi. Amat berat sekali permintaan dari isterinya itu. Semua mata memandang ke arah mereka. Terkejut dengan pergolakan rumah tangga Umi dan Syameer yang disangkakan bahagia.
“Umi! Apa yang Umi merepek ni! Umi sedar tak apa yang Umi cakap ni...perkara cerai tak boleh di buat main-main...ingat Allah Umi!” Maksu turut tertekan dengan sikap kurang ajar Umi. Dia tidak sanggup melihat kehancuran rumahtangga anak saudaranya itu. Syameer tergaman dengan kata-kata Umi. Apakah kamu sedar hukumnya apabila seorang isteri meminta cerai dari suaminya monolog hati Syameer. Syameer mengeluh kecil. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Dia melihat sayu bercampur kesal dengan permintaan Umi. Mungkin ini kali terakhir dia menatap wajah yang amat dikasihinya. Benar dia amat mencintai wanita itu. Air mata lelakinya mengalir jua. Dadanya sakit. Bukan kerana tumbukan Umi tetapi hatinya sakit dengan permintaan Umi. Umi terkesima. Dia seakan tersedar. Syameer yang dari tadinya hanya berdiam diri kini bersuara. Dia mencapai jari jemari Umi lalu digenggam erat. Umi diam malah membiarkan sahaja perlakuan Syameer. Hati wanitanya menjadi tersentuh melihat air mata suaminya. Sungguh tidak sangka dia akan bertindak sedemikian. Dia mengalihkan pandangannya. Kosong.
“Abang sayangkan Umi..”bergetar suara Syameer. Matanya tidak lekang manatap wajah sayu isterinya. Umi memejamkan matanya seketika. Apa benar kata sayang itu? kalau betul dia sayangkan aku, kenapa dia membiarkan aku menderita? Menderita dengan perkahwinan ini. Mengapa dia tidak melepaskan sahaja aku? Dia menggeleng kepala. Menidakkan apa yang diungkap oleh Syameer. Kasar dia menarik tangannya. Dia memandang tepat ke wajah sunggul Syameer.
“Tapi.. aku sikit pun tak ada perasaan cinta... dan tak kan ada sampai bila-bila..”tegas Umi biarpun bukan terus dari hatinya. Tiba-tiba sahaja mulutnya spontan mengeluarkan kata-kata berbisa itu. Dia berlalu pergi meninggalkan Syameer termanggu sendirian. Syameer menyapu wajahnya dengan kedua-dua telapak tangan sekaligus meyapu saki baki air matanya. Benci sungguh Umi pada dirinya. Dia sekadar memandang Umi berlalu pergi. Tiada kata yang mampu diungkap. Umi sudah memberi kata putus dan apa boleh dia lakukan. Menuruti apa yang diingin oleh isterinya itu? Entahlah dia binggung. Adakah dia tidak mampu memikul amanah ibunya. Maksu memandang sayu wajah redup Syameer. Dia tidak mampu berbuat apa-apa dia kenal sangat dengan perangai Umi. Egois!
Prang! Bunyi yang kuat megejutkan semua yang berada disitu. Dari bunyi sudah tahu seperti barang kaca yang pecah. Syameer dan Mak Su bergegas ke tingkat atas. Syameer meluru kearah Umi yang terbaring lesu. Serpihan pasu kaca bertaburan diatas lantai. Dia memaku kepala Umi. Risau melihat Umi yang tidak sedarkan diri.
“Umi... kenapa ni? Umi..” Syameer menepuk-nepuk pipi Umi. Tiada reaksi.
“Meer, bawa Umi masuk bilik. Dia pengsan ni..” ujar Mak Su apabila melihat keadaan Umi yang longlai. Syameer hanya mengganguk dan terus mendukung Umi ke kamar.
*                *                      *                      *                      *                      *
Umi tersedar. Dia melihat sekeliling. Gelap tetapi cahaya terang memancar ke arahnya. Hanya dia seorang dan ini bukan biliknya. Dia menyentuh tilam dan terpegun dengan hiasan bunga meliliti katil. Cantik. Tiba-tiba seorang wanita lengkap berpakaian serba putih mendekatinya. Dia terpaku dengan penampilan wanita itu sungguh mempersona. Wajahnya tampak suci dan bersih. Dia mengamati wajah wanita itu dan dia amat mengenali wajah itu.
“Ibu..” perlahan panggilan itu disebut. Wanita itu mengukirkan senyuman lalu duduk dibirai katil menghadap anaknya itu. Dia membelai lembut rambut Umi. Umi membalas senyuman itu. Hatinya tenang melihat wajah ibunya. Matanya bergenang.
“Umi sayang...”. Umi terkedu mendengar namanya di sebut. Tanpa di pinta air matanya gugur ke pipi. Sungguh, hatinya sebak.
“Umi cinta lah dia... sayang lah dia... peluklah dia selagi dia masih dekat dengan Umi. Ibu tak mahu anak ibu menyesal dikemudian hari...”
“Apa yang ibu cakap kan ni, Umi tak faham? Siapa ‘dia’?”soal Umi. binggung dengan kata-kata yang disampaikan oleh ibunya.
“Tenunglah cermin hati dia dan Umi akan sedar bertapa dalamnya cinta dia kepada Umi..”. Umi termanggu. Baru dia sedar siapa yang dimaksudkan oleh ibunya, Syameer. Tiada apa yang ingin diperkata kepada ibunya. Akalnya mati untuk menyangkal apa yang dikatakan oleh ibunya.
 “Ingat Umi jangan diikutkan sangat kata hati Umi yang palsu itu. Buka pintu hati sayang dan masa tu baru Umi sedar bahawa Umi juga tak boleh hidup tanpa dia. Ibu bimbang bila Umi tersedar ianya sudah terlambat,” ujar wanita itu. Umi terdiam. Dia mula berfikir. Mungkin benar kata ibunya. Kenapa hatinya keras? Kenapa dia tidak boleh menerima kehadiran Syameer? Kenapa dia harus bersikap ego? Dia sedar Syameer melayannya dengan baik. Sedang dia asyik mengelamun. Wanita itu pergi meninggalkan Umi keseorangan.
“Ibu...”. dia tidak menghabiskan kata-katanya. Ibunya sudah tiada. Dia jadi tidak keruan. Dia menanggis teresak esak.
“Sampai hati ibu tinggalkan Umi.. ibu! Ibu!” jerit Umi.

“Umi... Umi.. Umi..” dia seakan terdengar sayup-sayup namanya dipanggil. Perlahan dia membuka matanya. Maksu memandangnya sambil tersenyum. Ternyata itu hanyalah sebuah mimpi. Dia sedar ibunya sudah kembali ke rahmatullah. Dia harus redha. Perlahan-lahan dia bangun untuk duduk. Maksu membantunya bila menyedari Umi ingin duduk.  Kepalanya berat sekali. Dia memincit-mincit pelipisnya agar sakitnya berkurang.
“Umi mengigau tadi... tu yang Maksu kejut..” jelas Maksu.
“Maaf Maksu.. kenapa dengan Umi?” ujar Umi.
“Umi pengsan tadi nak... Syaaa.. emm, tak ada apa-apa lah.. Umi rehat ye... tidur sayang” pujuk Maksu.
“Pengsan... macam mana boleh aku boleh pengsan?” Umi binggung. Dia seolah bertanya dengan dirinya sendiri. Tiba-tiba dia teringat mengenai peristiwa tadi. Adakah realiti atau mimpi? Tetapi dia tidak nampak kelibat Syameer. Mungkin dia sibuk di bawah melayan tetamu yang hadir. Dia berfikiran positif. Maksu terdengar apa yang dikatakan.
“Doktor cuma cakap Umi stress... tu yang Umi pengsan. Lagipun sejak semalam Umi tak sentuh makanan. Maksu risau tengok Umi macam ni.. Maksu pergi ambil makanan untuk Umi ye?”soal Maksu. Umi sekadar mengeleng. Entahlah perutnya sedikit pun tidak terasa lapar.
“Majlis Tahlil ibu?” soal Umi lagi. Bimbang majlis itu tergendala disebabkan dia. Emosinya terganggu sehingga meletakkan Syameer penyebab kematian ibunya.
 “Alhamdulillah, Syameer yang uruskan... lupa pula Syameer suruh Maksu bagi ni..”  Maksu menghulur sepucuk surat berwarna biru laut kepada Umi.
“Apa ni?”. Kini surat sudah berpindah tangan.
Kenapa nak bersurat-surat pula? Macam tak boleh cakap, ngomel Umi. Dia terus membuka dan membaca isi kandungan surat tersebut.

‘Untuk isteriku, Umi..
Assalamualaikum...
Disini abang ingin memohon maaf jika abang membuat Umi menderita selama Umi bergelar isteri abang. Mungkin abang tidak mengambil peduli akan perasaan Umi. Abang sedar Umi langsung tidak mencintai abang tetapi abang ketepikan sebab abang berdoa kepada Allah supaya suatu hari nanti pintu hati Umi akan terbuka untuk menerima abang. Namun Allah Maha Mengetahui , abang hanya berserah kepada-Nya. Abang sedar abang langsung tidak layak untuk Umi tapi abang ingin Umi tahu bahawa abang amat mencintai Umi, bukan kerana harta kekayaan tetapi kerana diri Umi sendiri.
Abang benar-benar mencintai Umi pada kali pertama abang melihat Umi dihari penikahan kita. Tetapi sayang, umi langsung tidak menoleh kearah cermin usang ini. Mungkin bagi Umi, jika ditilik lama-lama cermin ini akan pecah dan mencederakan Umi. Benar dan kini abang telah melukakan hati Umi dan abang tak sanggup melihat Umi menderita kerana abang.
Pernah juga abang berfikir pesan ibu sebelum ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir, lihatlah cermin hati Umi tapi sayang abang tidak sempat melihatnya kerana Umi sudah menutupnya dengan perasaan benci kepada abang. Jika  kita ada jodoh, benarkan abang melihat cermin hati Umi untuk abang simpan didalam hati abang. Itu sahaja yang abang pinta.
Abang berharap Umi dapat menjalani kehidupan seperti dulu, sebelum Umi bergelar seorang isteri kepada Muhammad Syameer. Abang minta maaf di atas kekhilafan abang selama ini. Sebelum abang mengakhiri surat ini akan abang kotakan pemintaan Umi......’

Air matanya mengalir tanpa dipinta. Maksu hanya berdiam. Sungguh dia tidak sangka Syameer sanggup bertahan karenahnya selama ini. Matanya bergenang. Dikuatkan hatinya untuk meneruskannya.
‘abang ceraikan Umi dengan talak satu...
Wassalam’
Dia terkesima. Terketar-ketar bibir Umi apabila membaca perkataan yang terakhir. Tekaknya kelat. Fikirannya kusut. Air matanya  laju membasahi pipinya                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
“Apa aku dah buat ni? Ya Allah...”
Dia memandang Maksu. Maksu berkelip-kelip memandang Umi. Binggung.
“Umi...kenapa ni? Jangan takutkan Maksu.. apa yang Syameer tulis..” soal Maksu. Risau melihat perubahan drastik Umi.
“Meer... Syameer mana Maksu?!”bergetar suara Umi. dia rasa bersalah dengan tindakan
“Kenapa ni?” tanya Maksu yang masih tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Surat itu terlepas dari tanggannya. Umi bingkas bangun dari katil lalu meluru ketingkat bawah untuk mencari Syameer. Langkahnya terhenti dia menjenguk mencari kelibat Syameer. Tiada. Tiada sesiapa pun di ruang tamu. Dia takut. Takut kehilangan Syameer. Matanya terpacak kearah seorang lelaki yang sedang berjalan keluar dengan Paklang. Laju dia menuruni anak tangga. Dia melajukan langkahnya. Syameer memasuki perut kereta Honda milik Pak Lang. Dia berlari mengejar Syameer.
“Syameer..!”
Syameer tidak dengar namanya dipanggil. Dia menghidupkan enjin kereta lalu mengeluarkan kereta dari tempat ‘parking’. Umi masih tidak berhenti dari terus mengejar Syameer.
“Abang..! Abang! Abang!” Pertama kalinya Umi menjerit memanggil Syameer dengan panggilan keramat itu tetapi tidak didengarinya. Syameer terus memecut laju keluar dari perkarangan rumah igam itu dan dia langsung tidak menyedari bahawa Umi sedang mengejarnya. Fikirannya juga sedang kusut dengan keputusan yang telah dia lakukan. Entah bagaimana kehidupannya tanpa Umi kelak. Langkah Umi terhenti. Dia berpaut di pintu pagar. Dia tidak dapat meneruskan langkahnya. Badannya lemah. Matanya berpinar-pinar. Kepalanya berdenyut-denyut.
“Abang! Abang! Sampai hati abang tinggalkan Umi dalam keadaan macam ni... abang!!!” Umi menjerit-jerit sehingga kelibat kereta Syameer hilang dari pandangan matanya. Dia terjelepok jatuh. Suaranya serak. Air matanya berlinang gugur ke pipi. Sungguh dia kesal dengan perbuatannya. Tiba-tiba hujan turun membasahi bumi seakan menangisi nasibnya juga. Maksu mengurut-ngurut dadanya melihat keadaan Umi yang teresak-esak di pintu pagar. Dia berlari anak mendapatkan Umi yang dalam kebasahan lalu dipeluk erat.
“Maksu... umi nak minta maaf dengan Syameer.. Umi salah... Umi salah..kenapa  Syameer tak faham Umi? Kenapa dia tinggalkan Umi?” rintih Umi di pangkuan Maksu. Maksu hanya menggangguk laju. Hatinya sayu melihat Umi. Air matanya turut gugur.
*                 *                      *                      *                      *                      *
Lama dia terbaring di atas katil selepas usai solat isyak yang tertangguhnya tadi. Kipas siling ligat berpusing. Pandanganya kosong. Setitis air matanya gugur ke pipi. Cepat-cepat dia menyapu pelupuk matanya. Dia tidak ingin menangis lagi. Buat apa dia menangis. Menyesal dengan perbuatanya? Kenapa harus ada rasa sesalan sedangkan itu yang dia inginkan.
“Emosi aku terganggu masa tu.. aku hilang kawalan.. mengapa dia ambil hati dengan apa yang aku  cakap.. macam dia tak pernah dengar aku cakap merepek...” dia bercakap sendirian. Dia berpusing ke kanan. Kearah sofa panjang. Masih ada ‘comforter’ dan bantal yang digunakan oleh Syameer. Matanya seolah ternampak Syameer sedang nyenyak tidur. Dia mengelipkan matanya beberapa kali. Hilang. Ternyata hanya bayangannya sahaja. Dia mengeluh kecil.
“Astargfirullah...tak baik aku mengeluh,”. Dia kesunyian. Dia berpusing kekiri untuk membuka radio. Masa ini dia ingin mendengar siaran radio yang diminati. Mungkin dapat menceriakannya. Gelak ketawa kedengaran di corong radio.
Tup! Dia mematikan radio. Gelak ketawa itu seperti mentertawakan dirinya. Dia bangkit. Sekali lagi dia memandang ke arah tempat tidur Syameer. Dia mengecilkan matanya. Ada sesuatu di atas sofa itu, selindung sedikit di belakang ‘comforter’. Dia turun dari katil lalu menuju kearah sofa itu. Dia membongkok sedikit untuk mengambil kotak yang berbentuk ‘love’. Dia amat mengenali kotak itu.
“Kotak apa tu? Apa kat dalam tu? Syok je tengok..”tanya Umi apabila melihat Syameer asyik menjenguk-jenguk isi dalamnya. Cepat-cepat Syameer menutupnya kembali. Bimbang jika Umi ternampak isi dalamnya. Dia memandang Umi. Lama. Terpegun melihat Umi. Walaupun cara berpakaiannya bersahaja tetapi cantik. Rambutnya yang panjang lurus dibiarkan bebas. Dia buat-buat batuk untuk mengawal perasaannya.
“Tak ada apa-apa lah...kosong je..” jawab Syameer matanya langsung tidak memandang kearah Umi.
“Yeke kosong? Hadiah ke?” tanya Umi lagi. Tidak puas hati dengan alasan Syameer. Syameer hanya mengganguk. Lantas dia bangun. Umi terperasan Syameer nampak lain hari ni. Patutlah dia tak pakai cermin mata, tu yang terjenguk jenguk tengok isi dalam kotak hadiah tu tapi kan...handsome juga mamat ni, monolog hati Umi. Syameer menghulurkan kotak hadiah itu kepada Umi tetapi tidak disambut. Kedengaran suara Tengku Surianti memanggil nama mereka.
“Umi! Syameer! Tak elok berembun kat luar, cepat masuk..” tegur Tengku Surianti.
“Kejap ibu..’ jawab Umi lalu meninggalkan Syameer. Langsung dia tidak perasan, kotak hadiah yang dihulurkan oleh Syameer. Perlahan-lahan Syameer menarik balik kotak hadiah tersebut. Dia memandang Umi. Hampa. Umi berhenti apabila tersedar Syameer tidak mengikut langkahnya.  Dia menoleh kearah Syameer. Syameer masih memandangnya. Dia berdehem.
“Kenapa awak tercegat lagi tu..kan ibu kata tak elok berembun..nanti awak sakit” kata Umi sedikit terjerit.
Dia tersenyum sendirian. Dia mengambil kad yang terselit dibelakang reben. Tertera namanya di atas kad tersebut. Rupanya hadiah yang pegang oleh Syameer adalah untuk dirinya. Perlahan-lahan dia membuka penutup. Hatinya sebak apabila melihat sehelai tudung berwarna biru muda dia dalam kotak tersebut. Warna kesukaannya.  Lalu di keluarkan tudung itu. Tiba-tiba sesuatu terjatuh ke atas ribanya,
“Cin..cin..”
Dia mengambil lalu menggenggamnya erat dibawanya terus ke dada bersama tudung pemberian Syameer. Dia tahu itu milik Syameer. Dia tidak dapat membendung perasaannya lagi. Teresak-esak dia menangis. Sungguh dia menyesal. Abang, umi belum sempat mengenali cermin hati abang. Abang kata ingin melihat cermin hati Umi tetapi kenapa abang langsung tidak memberi peluang kepada Umi untuk berubah dan membenarkan abang menyinari hati Umi. Umi tersiksa dengan tindakan abang. Abang terlalu terburu-buru. Abang maafkan Umi! Umi sangat sangat mencintai insan yang bernama Muhammad Syameer. Tolonglah kembali dalam hidup Umi. Umi tunggu...benar Umi tunggu!
*                      *                      *                      *                      *                      *
‘Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu’

Terukir dibintang - Yuna

Sekian, bersambung.... nukilan Azlina Azah

No comments:

Post a Comment