Wednesday, January 02, 2013

Cerpen Cermin Cintaku bhg 2



    'Ceraikan aku! Aku nak kau ceraikan aku! Hidup aku menderita disebabkan kau!’

     Dia mengeluh kecil. Terngiang-ngiang kata-kata yang diungkapkannya suatu masa dahulu. Pandangannya dilempar jauh ke tengah lautan. Bayu laut menyapa wajahnya. Lembut. Kemudian tangannya mengenggam lembut pepasir pantai yang memutih. Dia mengukirkan senyuman lalu memaut kedua-dua lututnya rapat ke dada. Keputusannya bercuti selama seminggu serba sedikit mengurangkan tekanannya. Dia masih belum dapat berbicara dengan Syameer selepas pertemuannya tidak sengaja itu. Salahnya juga kerana memadamkan nama Syameer dari senarai kenalannya didalam telefon bimbitnya. Dia mengeluh lagi. Mengeluh kerana sikap bodohnya dulu. Dia menunduk merapatkan dahinya ke lutut sebelah kiri. Rasa gegaran mengejutkannya lalu dia membetulkan kedudukan untuk mengambil telefon bimbitnya didalam poket baju. Gegaran yang pendek itu sudah menjelaskanya bahawa ada mesej masuk. Lalu melihat siapa yang menghantar mesej kepadanya. Dia mengerutkan dahinya. Ternyata mesej yang masuk bukan dari kenalanya. Nombor yang langsung dia tidak kenali.

Hai,boleh kenal J ?

Tiba-tiba wajahnya bertukar ceria. Dia tersenyum dan akhirnya ketawa perlahan. Dia pun tidak pasti mengapa dia ketawa sedangkan kandungan mesej itu langsung tidak berbaur lawak.
“Siapalah yang nak kenal dengan aku ni?” Umi berkata sendirian. Dia tersenyum. Laju dia menaip membalas mesej kepada gerangan yang menghantar mesej salam perkenalan itu.

Hai...boleh je. macam mana awak dapat nombor saya ni?
 Saya jumpa nombor awak dalam botol kat pantai... siap ada nama lagi  dan kata-kata yang awak tulis tu buat saya berminat nak kenal dengan awak.
Dalam botol??? Tak percaya la... baik awak cakap terus terang.. kalau tak saya tak balas mesej awak lepas ni..
La.. saya cakap betul la.. saya tak tipu.. nanti kalau saya jumpa awak saya tunjuk botol ni pada awak..
Emm.... yelah tu... awak ingat saya nak percaya..
So... nama awak Umi kan?
Berkerut dahi Umi membaca mesej yang dihantar oleh gerangan itu. Otaknya ligat berfikir siapa yang menghantar mesej kepadanya.

mana awak tau.. awak skodeng saya ke!
Eh, mana ada! Kan saya dah cakap yang saya jumpa nombor awak dalam botol siap ada nama lagi... entah-entah awak saja je nak perangkap saya. Awak sengaja hanyutkan botol tu depan saya tanpa saya sedar lepas tu awak berlagak macam awak tak bersalah.. baik awak mengaku..
Amboi...saya pulak yang kena..awak ni lelaki ke perempuan  huh? Belebel pula
Pondan.. haha.. gurau je.. gender saya adalah.. jeng! jeng! lelaki..
Pandai awak buat lawak kan.. macam badut.. baik awak mengaku mana awak dapat nombor ni. Awak kenal saya kan?
Laju Umi menaip lalu menekan butang send. Lama dia menunggu tiada balasan yang diterima. Dia mencebik geram. Dia masih belum dapat memikirkan siapa gerangan lelaki itu. dia mengetuk-ngetuk kepalanya. Pada mulanya dia tidak percaya dengan mesej lelaki itu tetapi tiba-tiba dia teringat bahawa memang dia pernah membaling botol yang berisi kertas dan tertulis nombor telefon miliknya.  Tiba-tiba matanya terjengkil. Seakan mengingati sesuatu yang menakutkan.
“Alamak kata-kata tu... jadi..”.Umi menggigit bibirnya lalu menekup wajahnya dengan telapak tangan. Kesan gegaran membuatkan dia cepat-cepat melihat skrin telefonnya.

Awak kenal saya..

Lelaki itu cuba berteka teki dengan dirinya. Umi mencebik. Geram. Entah mengapa dia melayan mesej dari orang yang langsung dia tidak tahu identitinya.
“Aku kenal dia. Siapa dia ni? Pening la kepala aku,” Umi mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dahlah masalahnya dengan Syameer belum selesai ditambah pula dengan masalah pasal botol. Nasib! Laju dia menaip membalas mesej lelaki itu.

Saya tak kenal awak lah... baik awak cakap... awak ni siapa?
Kan saya dah cakap yang awak kenal saya.. takkan awak tak boleh teka langsung atau... awak nak saya duduk sebelah awak baru awak kenal saya..
Kat sebelah saya... ceh, jangan mengadalah.. macam lah awak tahu saya kat mana
Mana tahu.. kalau jodoh kat mana-mana pun boleh jumpa... entah-entah tadi kita berselisih bahu je tapi tak kenal.
Eee.. awak ni buat saya cuak jelah... awak janganlah main-mainkan saya... saya tak sukalah... baik awak cakap nama awk siapa? Kalau betullah saya kenal awk...
Hahaha.... betul la awak kenal saya... saya takut awal terkejut bila saya bagitahu nama saya... emmm.. tp saya ubah fikiran.... saya rasa saya nak duduk sebelah awak...awak tunggu ye..
Meremang bulu roma Umi membaca ayat yang terakhir. Dia berpaling ke kiri dan ke kanan. Tiada yang mencurigakan. Dia terdiam seketika. Tiba-tiba dia bingkas bangun lalu menyaut selipar kekakinya. Dia menepuk-nepuk punggungnya membuang pasir yang melekat pada kainnya. Baru sahaja dia ingin melangkah namun terhneti. Ada sesorang yang menghalang laluannya. Hatinya berdebar-debar.
Adakah.. bisik Umi didalam hatinya. Dia menunduk. Takut untuk menatap gerangan yang menghalang laluanya itu.
“Cik...” tiba-tiba gerangan itu bersuara.
Suara lelaki, monolog Umi. Dia diam. Lama. Lelaki itu bersuara lagi mengejutkannya. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya. Berderau darah mengalir kewajahnya. Lelaki itu memandang tepat kearah. Wajahnya serius. Tangannya seperti menghulurkan sesuatu kepadanya. Umi memandangnya tidak berkelip. Dia meneliti lelaki itu dari atas ke bawah. Badan lelaki itu yang berotot membuatkan lututnya terketar-ketar. Dia tersenggih. Kini matanya beralih kearah barang yang dihulur oleh lelaki itu. Botol? Jadi, bisik Umi perlahan. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan samaada dia menyambut botol itu atau dia melarikan diri. Dia mengelamun seketika.
“Cik.. untuk awak..” kata lelaki itu. Umi tersedar. Dia berundur setapak kebelakang lalu mendongak.
“Tengok tu..” kata Umi sambil menudingkan tari telunjuknya ke arah belakang lelaki itu. apabila lelaki itu berpaling ke belakang dia terus membuka langkah seribu meninggalkan lelaki itu. Kali pertama dalam hidupnya dia berlari selaju ini seperti pelesit. Nafasnya semakin cetek. Dia berpaling kebelakang ternyata lelaki itu masih mengejarnya. Lariannya semakin perlahan. Dia kepenatan lalu berhenti. Tercunggap-cungap nafasnya turun naik. Lelaki itu semakin hampir dengan dirinya lalu berhenti dihadapannya. Dia mengerling kearah lelaki itu. lelaki itu nampak biasa tidak sepertinya yang tercunggap-cunggap tidak cukup oksigen. Sekali lagi lelaki itu menghulurkan botol itu kepadanya. Wajahnya semakin serius membuatkan Umi cuak. Perlahan-lahan dia mengambil botol yang dihulurkan oleh lelaki itu. Dia perasan ada sekeping kertas didalam. Apabila diteliti ternyata botol itu bukan yang dibuangnya ke pantai. Warna hijau itu sudah nyata berbeza kerana botol yang dibuangnya.
“Kenapa cik lari? Saya bukan nak berniat jahat. Saya cuma jalankan amanah bos saya.. lagipun saya penjaga pantai disini..” kata lelaki itu sejurus menunjukkan name tagnya kepada Umi. Umi senggih. Sungguh dia tidak sangka penjaga pantai yang menemui botolnya itu. Mungkin lepas ini dia akan dimarah kerana tidak menjaga kebersihan pantai. Tetapi dia langsung tidak kenal dengan lelaki ini. Dia tersedar apabila memikirkan balik kata-kata lelaki yang berdiri dihadapannya.
“Amanah? Bos?” tanya Umi. Lelaki itu mengangguk.
“Tu dia...” tunjuk lelaki itu kepada satu arah dan dia ternampak seorang lelaki yang memakai t-shirt dan seluar pendek para lutut. Wajahnya dia kurang jelas kerana jarak yang sedikit jauh.
“Tapi siapa?”Umi bertanya dengan dirinya sendiri. Lelaki itu meminta diri untuk beredar lalu meninggalkan Umi. Umi mengangguk dan memohon maaf beberapa kali kepada lelaki itu. Matanya kini beralih kearah lelaki yang ditunjukkan oleh penjaga pantai tadi. Lelaki itu duduk disebuah kerusi sambil memandangnya lalu melambai-lambaikan telefonnya. Beberapa minit, telefonnya berbunyi. Ternyata panggilan dari lelaki yang duduk di kerusi itu.
“Hello..” jawab Umi.
“Laju sungguh awak berlari... macam mana awak dah nampak saya kan... so awak kenal tak?”
“Macam mana saya nak kenal.. tengok lah jarak awak dengan saya... jauh berbatu... awak ni saja nak main-main dengan saya,” balas Umi. Geram. Dia mendengar lelaki itu ketawa dan membuat dia terkedu. Dia diam seketika.
“Kalau macam tu saya.. tunggu ye,” kata lelaki itu. Umi melihat lelaki itu bangun dan menuju kearahnya. Selang beberapa minit jarak mereka bertambah dekat dan membuatkan Umi tergaman. Semakin dekat semakin lama dia mengamati wajah dan susuk tubuh yang mendekati dirinya dan memang benar dia mengenali lelaki itu. Bukan sahaja mengenali tetapi mencintai lelaki itu.
“Syameer..” perlahan nama itu disebut di bibir mungilnya. Tubir matanya terasa panas. Air hangat mula mengalir ke pipinya. Syameer terkesima melihat Umi mengalirkan air mata apabila jarak mereka dekat. Dia memandang Umi lama. Tidak sangka Umi menangis. Rasa bersalah kerana mempermainkan Umi sebentar tadi. Pada mulanya dia hanya ingin bergurau dengan  Umi apabila dia terjumpa botol ditepi pantai pagi tadi semasa dia berjoging. Sungguh dia tidak sangka botol yang dianggap sampah itu rupanya akan menjadi pertalian yang akan menghubungkan Umi dengannya dan dia mengerti mengapa Umi berdiam diri selama ini.
“Awak...awak buat apa kat sini?” soal Umi lalu mengesat air matanya. Dia geram dengan dirinya mengapa dia sering mengalirkan air mata jika berjumpa dengan Syameer. Syameer mengeluh. Dia diam seketika.
“Kan saya dah cakap yang saya jumpa botol awak..” kata Syameer sambil tersenyum. Umi memandang botol yang dipegangnya.
“Tapi ni bukan botol saya..  botol saya lain,” jawab Umi sambil membalas senyuman Syameer. Syameer tersenyum kali ini menampakkan giginya.
“Itu botol saya untuk awak.. pada mulanya saya nak hanyutkan macam yang awak buat tapi saya nampak awak dulu dan saya tukar plan...” jawab Syameer sambil menunjukan telefon bimbitnya kepada Umi. Umi ketawa. Hatinya sungguh bahagia. Betul dia sungguh gembira. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Syameer sendiri yang akan berjumpa dengan botolnya. Takdir atau kebetulan!
“Awak memang..”
“So, dah baca isi kat dalam botol tu..” kata Syameer sambil menjuihkan bibirnya kearah botol yang dipegang oleh Umi. Umi mengangkat botol itu sedikit lalu membuka penutup dan terus mengambil kepingan kertas didalam.

            Saya cintakan awak juga!!! Ni nombor telefon saya.. 014-XXXXXXX– Syameer.

Umi tersenggih membaca isi kandungan itu. Akhirnya dia ketawa kecil. Cepat-cepat dia menekup mulutnya bimbang jika Syameer terdengar. Dia memandang kearah Syameer. Mata mereka bertentangan. Lama. Laju Umi melarikan anak matanya. Hatinya menjadi tidak keruan.
“Saya rasa teringin nak dengar kata-kata yang saya baca panggil tadi dari mulut tuan dia sendiri,” ejek Syameer. Umi mengerling kerah Syameer. Wajahnya sudah beronar merah. Malu. Dia mengetuk kepalanya perlahan.
“Macam mana ni.. segannya..” bisik Umi sendiri. Syameer menunggu dengan sabar.
“Lamanya.. penat lah saya tunggu.. kalau macam tu saya balik dulu la,” kata Syameer lalu berpaling seolah-olah ingin meninggalkan Umi. Umi gelabah dengan tindakan Syameer. Sekejap tangannya ingin menghalang Syameer sekejap tangannya mengaru kepala.   
“Saya cintakan awak!!” kata Umi sedikit terjerit lalu cepat-cepat dia menekup mulutnya. Dia memusingkan badannya membelakangkan Syameer. Syameer kembali memusingkan badannya memandang Umi apabila mendengar kata-kata Umi sebentar tadi. Dia tersenyum lalu mendekatkan dirinya kearah Umi. Apabila jaraknya semakin hampir dia merangkul Umi dari arah belakang dan berkata sesuatu. Umi terkesima. Terkesima dengan tindakan Syameer dan kata-kata yang didengarinya. Dia diam seribu bahasa.
“Sudi tak awak menjadi isteri saya..” bisik Syameer lembut menyapa ketelinga Umi lalu meleraikan pelukannya. Dia melangkah beberapa tapak dan berdiri menghadap Umi. Umi mendonggak. Memang itu yang saya mahukan, pinta hatinya tetapi tidak terluah. Dia membaiki tudungnya.  Lama Syameer memandang Umi menunggu jawapan dari bibir Umi sendiri. Umi terdengar keluhan berat di bibir Syameer.
“Tak apa saya akan tunggu jawapan dari awak,” kata Syameer lalu meninggalkan Umi. Umi sekadar memandang Syameer meninggalkannya. Kalaulah mata saya boleh bercakap, saya nak awak tahu yang saya sedia menjadi isteri awak, bisik hatinya.

*                *                      *                      *                      *                      *                      *
“Mastura mari sini kejap,” panggil Umi sedikit berbisik apabila melihat Mastura sedang berbincang dengan salah seorang kliennya. Mastura meminta izin untuk beredar lalu menuju kearah Umi. Dahinya berkerut-kerut memandang Umi yang masih berada dipejabat.
“Kau buat apa lagi kat pejabat ni?” soal Mastura. Hairan melihat Umi masih berada dipejabat. Umi mengaru-garu kepalanya. Berserabai tudung yang dipakainya.
“Eh, kenapa ni? Macam orang hilang anak aku tengok. Baiki sikit tudung kau tu nanti nampak rambut,” balas Mastura lalu membaiki tudung Umi. Umi turut membaiki tudungnya.
“Okay?” soal Umi. Mastura menunjukkan tanda bagus.
“Ada apa sebenarnya ni? Cuba kau cakap,”
“Emm, sebenarnya..” kata Umi. Tergagap dia hendak menghabiskan kata-katanya. Dia mengengam tangannya erat. Segan dia ingin menyebut nama Syameer. Sekali sekala dia mengerling  kearah Mastura. Mastura mengangkat kening menginginkan jawapan.
“Sebenarnya..”. Mastura menunggu dengan sabar. Lama.
“Sebenarnya..”. Mastura hilang sabar. Dia mengeluh kasar.
“Dah!” kata Mastura sedikit tinggi. Mujur dia dapat mengawal nadanya. Dia mengaru-garu kepalanya. Geram dengan Umi. Kini tudungnya pula yang senggek. Umi membetul-betul kan tudung Mastura. Mastura hanya membiarkan. Dia tahu tudungnya sudah tidak terurus.
“Kau ni kenapa? Buat aku hilang sabar je. Cakap! Aku bukan nak interview kau,”
“Sebenarnya aku terpadam nombor Syameer. Kau ada nombor dia?” akhirnya Umi berterus terang.
“Tu je..aku ingat hal dunia yang kau nak bagitahu aku rupanya pasal Syameer. Buat apa aku nak simpan nombor dia pula. Tak ada kena mengena dengan aku. Baik kau tanya Shuhaimi. Mesti dia tahu,” jawab Mastura sekali memberi jalan penyelesaian kepada Umi. Umi tersenyum.
“Kau telefon la dia. Kau kan buah hati dia,” pujuk Umi.
“Aku pula.. nanti dia cakap aku nak pikat duda kau pula.. malas la,”
“Ala tolong la.. please! please!” pujuk Umi lagi. Dia mengoyang-goyang tubuh Mastura  membuatkan Mastura rimas.
“Yelah.. yelah.. tapi jangan berharap sangat,” kata Mastura. Umi tersenyum keriangan.
Mastura mengambil telefonnya dan cuba menghubungi Shuhaimi tetapi tidak dapat. Dia mencuba beberapa kali namun masih gagal. Tiba-tiba dia menepuk dahi. Baru dia teringat bahawa Shuhaimi outstation ke Filifina selama 2 minggu. Perlahan-lahan dia menyimpan telefonya ke dalam poket. Dia memandang wajah Umi sekilas. Rasa bersalah menyelubungi dirinya apabila melihat wajah gembira sahabatnya. Sudah lama dia tidak melihat senyuman itu. Dia pasti Umi kecewa dengan kata-kata yang akan diberitahunya nanti.
“Umi..”
“Ye..kenapa?”
“Sebenarnya... aku baru teringat yang Shuhami kat filifina.. 2 minggu..” kata Mastura. Umi diam. Wajahnya bertukar muram seketika. Dia memandang Mastura. Dia mengukirkan senyuman manis. Entah ikhlas atau tidak. Tidak seharusnya dia bermuka sebegitu kepada Mastura. Ini masalahnya dan dia tidak seharusnya menjebakkan Mastura dalam situasinya. Dia menepuk lembut tangan Mastura lembut beberapa kali.
“Tak apa.. kalau macam tu aku pergi dulu.. aku nak pergi Langkawi nanti... kalau ada apa-apa hal kat pejabat jangan cuba nak contact aku.. ni amaran!” kata Umi lalu melangkah meninggalkan Mastura. Senyuman yang diukirnya sebentar tadi tiba-tiba mati. Mastura tidak sampai hati hendak memanggil Umi. Umi memerlukan ketenangan.  Nanti dia akan cuba menghubungi Shuhaimi lagi dengan panggilan jarak jauh.
*                      *                      *                      *                      *                      *          
“Nanti! Awak! Tunggu!” panggil Umi. dia menguatkan suaranya apabila jarak Syameer semakin jauh meninggalkannya. Syameer berhenti apabila mendengar suara Umi. Umi berlari anak mendapatkan Syameer. Dia berhenti mengadap Syameer. Syameer tersenyum. Umi memandang kedalam mata Syameer. Dia menarik nafas dalam-dalam.
“Saya sedia jadi isteri awak!” kata Umi sekali nafasnya. Dia menghembuskan nafasnya perlahan. Lega. Dia mengukirkan senyuman. Syameer tersenyum dengan gelagat Umi.
“Saya tahu,” kata Syameer perlahan sambil menundukkan kepalanya seketika. Dia berlagak selamba sedangkan hatinya melonjak kegembiraan. Dia berdehem.
“Apa?” tanya Umi. Telinganya tidak dapat menangkap kata-kata Syameer. Syameer tersenyum.  Dia menatap wajah Umi. Hatinya sungguh bahagia. Dia bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk menjadi suami kepada Umi. dia akan menunaikan amanah ibu mertuanya. InsyaAllah!
“Tak ada apa-apa. Betul awak nak jadi isteri saya? Tak menyesal?” tanya Syameer. Dia menyilang kedua-dua tangannya. Matanya tidak lekang memandang wajah Umi. Umi mencebik dengan soalan Syameer.
“Kenapa? Atau awak menyesal sebab terlepas cakap,” kata Umi berbaur marah. Dia cuba meninggalkan Syameer tetapi dihalang. Dia memegang lengan Umi.
“Eh, awak nak pergi mana?” kata Syameer. Binggung. Umi menjeling tajam. Geram dengan soalan syameer. Seolah-olah memerli dirinya dan tidak mengambil serius dengan kata-katanya. Dia memandang Syameer. Matanya sudah bergenang. Laju air matanya mengalir. Syameer kaget. Ini kali kedua dia melihat Umi mengalirkan air mata dihadapanya. Syameer merapatkan jaraknya dengan Umi lalu memegang kedua-dua belah pipi Umi.
“Kenapa ni? Saya minta maaf kalau saya...” kata-kata Syameer terhenti apabila Umi menangis. Kuat. Syameer gelabah. Dia tidak tahu apa yang hendak dia lakukan. Nasib kebanyakkan pengunjung sudah berasur pulang ke chalet masing- masing. Akhirnya, Syameer mengangkat kedua-dua belah tangannya.
“Okay, saya mengaku salah.. jangan macam ni malulah,” kata Syameer. Dia berharap kata-katanya akan mendiamkan Umi tetapi sebaliknya. Esakan umi semakin kuat. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mengerling kearah Umi. Wajah Umi sudah berlinang dengan air mata.
Satu je caranya, bisik Syameer. Tanpa berkata-kata dia terus menekup mulut Umi. dia memandang mata Umi. Lama lalu memeluk Umi. Perlahan-lahan esakannya berhenti. Syameer tersenyum. Lega. Tiba-tiba Syameer terdengar bunyi orang tersedu. Dia meleraikan pelukannya. Dia memandang Umi. Umi menekup mulutnya. Lama. Syameer mencari-cari bunyi tersedu tadi. Dia mengerling kearah Umi. Tiba-tiba Umi tersedu. Umi memandang Syameer. Wajahnya semakin beronar merah.
“Awak tersedu?” tanya Syameer sambil ketawa. Umi diam. Dia mencebik. Kali ini Syameer betul-betul mengejeknya. Sekali lagi dia tersedu membuatkan Syameer semakin galak mentertawakan Umi. Umi tersenyum melihat Syameer.
“Awak ni suka sangat ketawakan saya,” marah Umi lalu menampar belakang Syameer. Kuat. Syameer mengelepar kesakitan. Umi menekup mulutnya. Tidak sangka dia menampar belakang Syameer begitu kuat. Pasti bebekas tapak tangannya di belakang Syameer.
“Aduh... sakitnya..” berkerut-kerut wajah Syameer menahan kesakitan. Umi betul-betul bermaksud hendak memukulnya. Kali ini bahagian Umi pula. Dia tersenyum puas lalu mencengkak pinggang.
“Padan muka.. saya nak balik chalet dulu,” kata Umi lalu meninggalkan Syameer. Syameer tercengang dengan tindakan Umi.
“Nantilah... tunggu saya..” terbongkok-bongkok Syameer mengejar Umi yang semakin jauh. Umi melajukan langkahnya apabila Syameer semakin hampir dengannya. Dia ketawa kecil. Terasa bahagia. Dari ekoran matanya dia dapat melihat muka Syameer berkerut-kerut terbongkok-bongkok menggosok-gosok belakangnya. Mungkin terasa perit lagi kerana kesan tamparannya. Perlahan-lahan dia menghentikan langkahnya. Dia memusingkan badannya memandang Syameer. Rasa bersalah bertaut dihati. Dia mengigit bibirnya.
“ Sakit ke?” tanya Umi apabila Syameer sudah hampir dengannya.
“Sakit la juga.. saya rasa dah berbekas tapak tangan awak kat belakang saya ni,” kata Syameer. Dia mengosok-gosok belakang. Terasa lagi perit dibelakangnya. Dia membetulkan badannya.
“Sorry... tak sengaja,” Umi menyusung kesepuluh jarinya memohon maaf. Sungguh dia betul-betul tak sengaja. Salah Syameer juga kerana tertawakannya. Dia memandang Syameer meminta simpati. Syameer mencebik.
“Awak tak tersedu dah?” tanya Syameer tersedar dia tidak mendengar Umi tersedu seperti tadi. Umi baru perasan. Dia memegang dadanya.
“Rasanya dah hilang.. suka tengok awak macam tu,” kata Umi sambil tersengih. Akhirnya Dia ketawa. Syameer hanya memandangnya tanpa berkelip. Lama dia tidak melihat ketawa Umi semenjak peristiwa hitam dalam sejarah hidupnya. Dia sungguh bahagia dan dia berharap ketawa dan senyuman itu tidak akan hilang lagi. Dia tidak sanggup lagi melihat air mata dari wanita yang dikasihinya itu. Dia amat berterima kasih kepada ibunya kerana menjodohkan dirinya dengan Umi dan dia tersedar bahawa dia amat mencintai wanita yang berada dihadapanya. Dia tersenyum. Ya, Allah aku betul-betul mencintai wanita yang bernama Tengku Umi Aisyah!
“Tapi tadikan penjaga pantai tu cakap awak ni bos dia,” kata Umi sambil memandang Syameer. Ketawanya sudah mati. Perkara lain pula yang bermain dibenaknya.
“Oyeke? Tak tahu pula dia cakap macam tu.. awak tersalah dengar kot,” kata Syameer selamba. Sekali sekala dia mengerling kearah Umi. Umi memandangnya dengan pandangan ingin meminta perjelasan. Umi pasti dia tidak tersalah dengar sedangkan dia mengulang balik apa yang dikatakan oleh lelaki tadi. Akhirnya, Syameer mengeluh.
“Ye..ye.. saya bos dia... dia.. dia.. Bodyguard saya..” jawab Syameer tergagap-gagap kerana lelaki itu bukan bodyguardnya tetapi memang penjaga pantai disini. Dia mengerling kearah Umi. Umi berkelip mata beberapa kali. Hendak percaya atau tidak dengan kata-kata Syameer.
“Kenapa nak pakai bodyguard? Saya pelik.. “
“Saya kat berdarah diraja macam awak juga... kenalah pakai bodyguard.. awak tak tahu ke yang saya berpangkat Tengku,” kata Syameer dengan bangganya. Terlopong mulut Umi mendengar pengakuan itu. Sungguh dia tidak percaya dengan kata-kata Syameer tetapi wajah Syameer yang serius membuatkan dia benar-benar percaya. Dia mengaru-garu kepala. 
“Saya tak percayalah. Awak tipu sayakan..” kata Umi bersungguh-sungguh. Syameer tidak menghiraukan kata-kata Umi. dia hanya menjungkit bahu lalu melangkah meninggalkan Umi. Umi tergaman kerana ditinggalkan termanggul disitu. Syameer tersenggih seperti kerang busuk kerana dapat mengenakan Umi. Tiba-tiba ketawanya pecah terbahak-bahak. Terjengkil mata Umi memandang Syameer. Baru dia tersedar bahawa dia sekarang sudah masuk perangkap Syameer kali kedua. Dia berlari anak lalu menampar belakang Syameer sekuat hati menyebabkan Symaer menjerit kesakitan. Kesakitan kerana terkena ditempat yang sama.
“Padan muka,” kata Umi lalu meninggalkan Syameer. Syameer memanggilnya beberapa kali tetapi tidak dihiraukannya. Malas. Semakin dilayan semakin menjadi perangai kurang siuman dia tu, ngomel Umi dalam hati. Sikit pun dia tidak berpaling kebelakang. Syameer mengejarnya dan memohon maaf. Semakin Syameer cuba mendekatkan dirinya semakin laju dia melangkah.
*                      *                      *                      *                      *                     
“Aku terima nikahnya Tengku Umi Aisyah Binti Tengku Saiffuddin dengan mas kahwin tersebut itu...”
Sah! Sah! Sah! Hanya sekali lafaz Syameer sudah bergelar suami buat kedua kali kepada wanita bernama Umi Aisyah. Dia mengerling kearah Umi. Wajahnya cukup manis tidak seperti kali pertama dia bersua muka dengan wanita itu penuh dengan kebencian.
Terima kasih ibu.. kata-kata ibu menyedarkan Syameer.. Syameer benar-benar mencintai anak ibu.. Syameer akan jaga amanah ibu seperti Syameer menjaga diri Syameer sendiri kerana dia sekarang sudah menjadi sebahagian dari diri Syameer.. Syamer selalu berdoa kepada Illahi agar Syameer sempat menilai cermin hati Umi seperti yang ibu katakan dulu dan kini syukur Syameer sempat, bisik hatinya.
Umi tersedar Syameer memandangnya lalu mengukirkan senyuman. Senyuman yang cukup manis dan menawan untuk suami yang amat dicintainya itu. Perasaannya kini sungguh bahagia. Tiada lagi perasaan benci dan meluat pada kali pertama dia mengenali lelaki yang bernama Syameer. Dulu lelaki itu dianggap pemusnah masa depannya ternyata kini lelaki itu jugalah menyinari kehidupanya.
Benar kata ibu.. ibu, Umi betul-betul mencintai pilihan ibu.. dia sungguh baik dan menyayangi Umi.. Umi berjanji pada ibu Umi takkan sia-sia masa Umi dengannya dan Umi akan menilik cermin hatinya, bisik hatinya.
Wanita tua yang berpakaian serba putih mengukirkan senyuman manis. Bahagia melihat senyuman dibibir kedua-dua insan yang disayanginya dan seakan mendengar luahan hati kedua-dua insan itu. Perlahan-lahan dia melangkah pergi. Setapak dua tapak. Langkahnya terhenti. Dia berpaling semula.
“Umi... Syameer.. terima kasih,” kata wanita itu seolah-olah memanggil Umi dan Syameer. Syameer dan Umi seolah-olah mendengar nama mereka dipanggil oleh suara yang amat dikenali terus berpaling kearah suara itu serentak tapi malangnya tiada siapa disitu. Mereka berharap agar suara didengarinya itu adalah benar tetapi mereka harus menerima Qada dan Qadar bahawa ibunya sudah lama pergi.
“Ibu..” serentak mereka menyebut panggilan ibu. Mereka tersenyum. Mereka mengalihkan pandangan ke mata masing-masing. Lama. Akhirnya mereka mengukirkan senyuman. Kalaulah Syameer dengar suara tu, bisik hati Umi. Dia masih memandang Syameer dengan pandangan yang sungguh bahagia. Kalaulah Umi dengar suara tu, bisik hati Syameer. Dia membalas pandangan itu dengan perasaan cinta dan sayangnya kepada Umi.
Tamat.

No comments:

Post a Comment