Wednesday, January 02, 2013

Rahsia siapa? 4



BAB 4


       Iqa menghempaskan tubuhnya ke sofa. Diletakkan telefon dan suis motor di atas meja. Terasa lega sekali. Dia meneliti jam ditangannya sudah pukul 9 malam. Lama juga dia lepak di Tasik Titiwangsa untuk menenangkan dirinya. Seharian dia mencari kerja tetapi satu pun dia tidak dapat. Kalau hendak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan sememangnya dia layak. Dia mengeluh kecil.
“Aku tak yakin dengan diri aku sendiri,” monolognya sendirian. Dia memandang sekeliling baru dia tersedar rupanya dia berada didalam gelap hanya lampu dapur sahaja terbuka.
Bingkas dia bangun lalu menekan suis utama. Tidak sampai beberapa minit keadaan gelap menjadi terang bederang. Bunyi gegaran mengejutkannya. Bagai nak luruh jantungnya. Dia menyandar ke dinding.
“Bunyi apa tu? Handphone aku rupanya. Lupa aku silent tadi. Dah la duduk rumah sorang-sorang ada macam-macam bunyi pulak,”ngomel Iqa. Dia  kembali ke sofa lalu duduk.
Dicapai telefon bimbitnya untuk melihat siapa gerangan yang membuat panggilan sebentar tadi. Makin seriau dibuatnya bila terpapar perkataan ‘HANTU RAYA’ pada skrin telefon bimbitnya. Baru dia teringat itu gelaran yang dibagi kepada Azmeer. Dia menghempas kepalanya pula lalu memejamkan mata. Lama. Dia memicit-micit pelipisnya kepalanya terasa berat. Hatinya bertambah lega kerana Mun tiada dirumah memandangkan kepulangannya tidak disambut dengan leteran. Sekali lagi telefon bimbitnya bergetar. Malas hendak dilayan. Dibiarkan sehingga gegaran itu berhenti sendiri. Dia pasti panggilan itu daripada Azmeer lelaki yang ditemui semasa sesi ‘reunion’ dengan ayahnya. Kali pertama dia melihat wajah lelaki itu sudah dia merasa jelik ditambah pula dengan sikap miang membuatkan dirinya menyimpan perasaan benci yang amat terhadap lelaki itu. Perlahan-lahan dia membuka mata lalu.
‘”I love you, Iqa... i miss you... you tak tahu cinta pandang pertama ke?eee menyampah!” dia menurut-nurut gaya Azmeer. Meliuk lentok badannya. Sungguh mudah perkataan itu keluar dari mulut buaya darat. Dasar kasanova Malaysia macam itu la rupanya!
Menyumpah-nyumpah setiap kali Azmeer menelefonnya. Dia hairan bagaimana Azmeer mendapat nombornya sedangkan dia langsung tidak memberi nombor telefonya walaupun sudah beberapa kali diminta. Sekali lagi gegaran bergema mengejutkan Nurul Syafiqa dari lamunannya. Inilah nasib kalau dahi licin kulit putih. Buaya suka la kacau, ngomel Nurul Syafiqa sekali memuji dirinya. Perasan!
Lama dibiarkan telefon itu. Akhirnya, dia mengalah tidak sanggup mendengar bunyi bising itu lalu dia terus menekan butang hijau. Kasar. Selagi tak jawab selagi tu dia call  dia ingat telefon ni aku beli untuk dia agaknya sampai penuh nama dia dalam mesej dengan panggilan masuk, gumamnya.
 “Hello, Assalamualaikum!” jawab Nurul Syafiqa tinggi.
            “Kenapa tak angkat bila Meer call? Banyak kali I call tapi tak angkat-angkat.. you kat mana ni?? You sihat tak?” bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Azmeer. Ingat aku ni siapa?Bini dia agaknya nak tanya aku kat mana la? apa lah? ngomel Iqa.
            “Hah, apa sayang? Cakap kuat sikit.. i tak dengarlah,” lembut Azmeer berbicara tetapi semakin meluat di dengar oleh Iqa
            “Heeeellooo...jawab salam I dulu boleh? Lepas tu nak redah-redah I pula,” marah Iqa. Tahap kemarahannya semakin memuncak jika difikirkan masalah yang menimpanya sekarang. Dia memang sudah biasa menggunakan gelaran ‘i’ ‘you’ dengan Azmeer. Dia mendengar suara Azmeer ketawa kecil.
            “Sorry sayang... I cuma risau dekat you aje.. marah ke??”soal Azmeer. Macam mana tak nak bagi aku marah panggil aku sayang la. Cakap benda-benda pelik dekat aku loya tekak aku dibuatnya, Iqa bercakap sendirian.
            “Please la Azmeer. Jangan panggil saya sayang boleh tak? Naik meremang bulu roma saya ni. Sudah-sudah la tu. Saya rimas tahap cipan dengan perangai melampau you ni. And we didn’t declare anything about our relationship, okay. So, please wake up! I need a rest. Please. Bye!” balas Nurul Syafiqa tegang. Panas hati dibuat jika dilayan lama-lama. Terus di tekan butang merah walaupun suara azmeer masih berbaki memanggilnya ‘sayang’. Dia mencampak kasar telefon bimbitnya ke atas sofa. Melantun.
“Nasib..nasib,”
 Dia terus melabuhkan seluruh badannya ke sofa. Matanya tidak berkelip memandang siling rumah. Kosong. Dia mengerling ke kiri. Dia terpandang sesuatu diatas meja. Nota! Dia bergerak ketepi sedikit untuk mencapai kertas itu. Melayang sekeping kertas kecil ke lantai semasa dia mengambil nota itu. Dibiarkan kertas itu berada dilantai, malas untuk mengambilnya. Matanya terus membaca apa yang tertulis pada nota yang dipegangnya .

Aku keluar kejap jumpa kawan. Aku ada letak sekali kad lelaki tadi. Nama dia Aqil. Dia minta kau telefon dia. Aku nak simpan sampai kau balik tapi aku ada hal. Apa-apa please call him. Please! Please! Please! Important!! Katanya nak beri kerja. Call okay!- MUN :P

Berkerut-kerut dahinya membaca nota tersebut. Kenapa mesti telefon mamat ni? Kad? Lalu dikerling kearah kertas kecil tadi. Laju dia mengambil kad tersebut. Dia merenung kad yang berwarna hitam tersebut yang tertera nama MUHAMMAD AQIL YUSOFF dan nama syarikat yang dinaungnya.
Dibiarkan seketika. Dibaca sekali lagi nota yang ditulis oleh Mun. Dia terduduk apabila membaca ayat yang terakhir. Kerja? Terus dia mengambil telefon bimbitnya yang berada tidak jauh dari tempat duduknya lalu dia terus menekan nombor yang tertera pada kad itu satu persatu.
“Bismillahirahmanirahim..”. Terdengar talian di sambung tapi tidak dijawab. Lama sehingga terdengar mesej pesan suara. Dia menekan butang merah. Dia mendail sekali lagi untuk mencuba nasib. Lama dia menanti. Baru sahaja dia ingin memutuskan talian tiba-tiba kedengaran suara lelaki menjawab panggilannya.
“Hello, assalamualaikum..” ujar Aqil. Suaranya serak. Dia terlena selepas solat Isyak. Berkerut-kerut dahinya. Menahan sakit. Sebenarnya memang dia menunggu panggilan dari gadis yang memiliki wajah persis Nurul itu. Iqa menelan air liur mendengar suara lelaki di talian. Kekok. Dia menarik nafas dalam lalu dihembuskan perlahan.
“Waalaikumusalam. .emm...”belum sempat Iqa memulakan bicara  Aqil terus memintas. “Nurul... nurul! Awak ke tu?” tanya Aqil sedikit menjerit. Matanya terus segar apabila mendengar suara itu. Dia amat mengenali dan merindui suara itu. Suara itu milik Nurul. Betul itu Nurul!
“Eh! Eh! Encik, encik... bukan... saya bukan Nurul. saya telefon encik lain kali la,” balas Iqa. Terus ditekan punat merah. Tiada lagi kedengaran suara Aqil. Nurul Syafiqa diam. Dia merenung telefonnya seketika. Tersentap mendengar nama itu. Macam mana dia boleh tahu nama aku. Tapi lain macam je nada dia aku dengar. Orang lain kot nama sama, fikir Iqa.
“Apa kena dengan mamat ni? Buat aku takut je. Tak nak la aku,” ujar Nurul Syafiqa. Nada suaranya sedikit kecewa. Ingatkan dia berpeluang untuk membuang title penggangur tetapi lain pula yang jadi. Dia merenung pula kad yang masih dipegangnya itu. Lama.  Kini direnung pula telefonnya pula.
Tut! Tut! Tut! Aqil pelik. Talian diputuskan. Dia mengeluh kecil dengan tindakannya tadi. Dia benar-benar terkejut mendengar suara itu. Dicari nombor yang menelefonnya tadi. Dia masih belum ada idea siapa yang menelefonnya tadi. Nombor tidak bernama. Terus dia menekan punat untuk mendail semula nombor itu, terasa bersalah pula kerana menyerbu. Kedengaran talian disambungkan.
Asyik Nurul Syafiqa merenung telefon membuatkan dia terkejut sehingga telefon bimbitnya tercampak ke lantai. Terlepas dari tangannya apabila telefon itu bergegar. Laju dia mengambil semula telefon bimbit  lalu melihat pemanggilnya di skrin telefon.
“Nombor ni..”. Lama dia memandang telefonnya. Dia berkira-kira samaada hendak jawab ataupun tidak. Dia menarik nafas dalam-dalam, mengumpul kekuatan diri. Dia berdehem beberapa kali membaiki suaranya. Dia menekan punat hijau. Perlahan-lahan dia merapatkan telefon bimbit ke telinganya. Kedengaran suara lelaki di talian.
“Hello...” perlahan Nurul Syafiqa menjawab. Jantungnya berdebar. Takut. Aqil terkedu. Sungguh suara ini milik Nurul tetapi dia tidak mahu cepat melatah seperti tadi. Dia diam. Lama dibiarkan Iqa menunggu di talian.
“Hello...Hello..” tiada balasan.
“Ye saya..”bergetar suaranya.
“Maaf encik.. saya menggangu ke?”
“Tak,”
“Emm..” Iqa tiada idea macam mana hendak mulakan perbualan mengingati kejadian tadi. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia tidak perlu takut ditambah lagi ini adalah demi masa depannya.
“Saya ada terima note dari Mun. Dia tulis kat sini yang encik sedang cari pekerja. So,”sambung Iqa. Apabila mendengar nama Mun baru dia tersedar. Mungkin dia ini yang memiliki wajah Nurul
“Ooo.. Mun.. ye ye saya,” nada suaranya berubah. Akhirnya. Dia tersenyum. Gembira lagaknya. Cepat sahaja moodnya berubah apabila mengingati gadis itu.
 “Saya minta maaf pasal tadi.. mati-mati saya ingatkan awak.. emm, nevermind. Nama?” ujar Aqil.
“Nurul Syafiqa panggil Iqa je” jawab Iqa beramah mesra. Tanda tanya bermain difikirannya siapa Nurul?. Nama itu menarik minatnya. Dia menepuk pipinya. Buat apa nak jaga tepi kain orang pula ni bisik Iqa.
“Nurul? Nurul Syafiqa” Aqil mengulangi nama gadis itu, hanya nama pangkalnya sahaja yang sama. Mungkin benar dia bukan .
“So, macam mana?”
“Saya memang tak ada masalah encik. Memang saya tengah cari kerja sekarang ni. Tawaran encik bagaikan satu rahmat untuk saya.” Aqil tersenyum mendengar kata-kata itu. Rasa macam temuduga pula cuma yang berbezanya aku tak tengok muka dia!
“Kalau macam tu bila awak boleh start kerja? Lagipun saya memang kekurangan kakitangan,” soal Aqil. Iqa senyum sehingga ke telinga. Alhamdullillah, akhirnya! Selamat tinggal kelab penganggur terhormat. Aku resign!
“Esok! Saya sedia menjadi kaki dan tangan encik!” jawab Iqa sikit terjerit. Akhirnya, dia bukan lagi seorang penganggur. Tiba-tiba dia tersedar. Esok? Tapi kerja apa?, soal Nurul Syafiqa sendirian.
“Emm, tapi Encik....boleh saya tahu kerja sebagai apa?” tanya Iqa. Sebelum dia bekerja esok lebih bagus kalau dia tahu pekerjaan apa yang harus dilakukan.
“Awak datang dulu ke pejabat saya and then awak jumpa Puan Umi kat sana. Puan Umi akan jelaskan apa pekerjaan awak. Okay?”
“Okay. Terima kasih!” usai sahaja dia mengucapkan terima kasih terus dimatikan taliannya. Dia tersenyum riang.
“Hureeey, aku dah dapat kerja!”. Terkinjal-kinjal dia melompat sambil melolong-lolong kegembiraan. Wah, dah macam kera kena belacan dah gayanya!
Akhirnya, aku bukan lagi penganggur terhormat. Lepas ni Mun kau jangan nak belebel lagi kat telinga aku ni. Nahas kau nanti, ngomel Iqa.
Asyik dia menyambut hari terakhir dia bergelar penganggur tiba-tiba matanya terpandang kearah sofa. Apa yang melekat dekat sofa ni?, fikir Iqa. Dia menilik benda yang berwarna coklat lalu disentuh. Berdebu.
“Lumpur?!” Berkerut seribu dahinya, memikirkan dari mana datangnya lumpur ini. Sampai dah kering. Dia mengeleng kepala sambil bercekak pingang. Pemalas sungguh Si Mun ni. Nak juga tunggu aku yang bersihkan. Dia mengeleng kepala.
“Tadi aku baring sini... bermakna..”. dia baru teringat lalu dia menarik bajunya. Memang sah ada kesan kotor pada bajunya juga. Dahlah warna putih. Nak kena ni!
            “Mun!!!!”
            Terbatuk Mun. Dia tersedak air. Macam mana boleh tersedak. Hairan. Mesti ada orang cakap pasal aku. Siapa ye?

No comments:

Post a Comment